Friday, 1 February 2013

Faith.


“Polis! Jangan bergerak! Lepaskan senjata anda dan angkat tangan dengan segera!” Jerit seorang wanita yang sedang mengacukan pistolnya ke arah perompak di hadapannya. Perompak itu hanya ketawa “Hahahaha berani kau nak lawan aku ke perempuan. Wei! Jangan nak berlakon la. Lebih baik kau tunduk sebelum aku tembak kau pula.” Balas perompak terbabit yang juga memegang pistol di tangannya. Orang di sekeliling mereka hanya menunduk ketakutan sambil menyaksikan persengketaan antara wanita dan perompak terbabit. Semasa perompak tersebut memusingkan badannya, dengan pantas wanita itu menyerang perompak tersebut. Wanita itu memusingkan badan perompak itu ke bawah dan kedua tangannya dipusingkan ke belakang. Dengan segera dia mengeluarkan gari dari beg tangannya dan menggari tangan perompak tersebut. “So, dah kenal siapa aku sekarang?” sambil tersenyum sinis ke arah perompak tersebut. Perompak itu bertindak untuk bangun dan dengan pantas, wanita itu memukul belakang bahu perompak tersebut dan perompak itu pengsan.

‘Iklan’ “Walamak! Awesome lah perempuan tu! Laju gila tindakan dia. Macam aku la tu. Hahahaha” aku berkata sendiri selepas menonton drama yang ditayangkan di televisyen. Adikku, Iman datang dari arah belakang “Elehh. Poyo la kau kak! Tahu la ahli Taekwando. Macam hebat sangat je.” Katanya sambil memerli ku. “Ini Rina okey! Black belt tau! Kau adaaaa. Hohoho” aku membalas semula perlian adik ku. Dia hanya menggeleng melihat aku dengan perangai kebudak budak ku. Aku melihat  adikku yang sedang duduk di sofa sambil bermain-main dengan telefon barunya. ‘Tahulah henfon mahal.’ Aku mencebik.
Dengan segera aku bangun dari duduk di bawah menuju kea rah adikku. Aku melompat ke atas sofa dan terus duduk di sebelahnya. “Hoi kak! Kau ingat kau tu ringan sangat ke?! Patah juga kerusi ni.” Marah adikku kepada ku. “Bukan kerusi la, tapi sofa.” Aku membetulkan ayat adikku sambil menahan ketawa. “Dik! Aku nak tanya kau something ni. Kau ada tak kawan lelaki yang sama umur macam akak or lebih tua macam akak? Kenalkanlah kat aku. Hehehe aku dah lama single mingle in trouble ni. Lol hehehe” Tanya ku kepada adikku sambil menunjukkan sebaris gigi di hadapannya. “Sejak bila kau suka lelaki ni? Aku ingat perangai macam jantan, kau suka perempuan.” Balas adikku agak kuang ajar. “Kuajaq kau dik! Takapa2. Ouh ye, tadi ada budak perempuan mintak no. Kau dik. Comel plus cantik macam yang kau nak tau. Hehehe” Aku mula memancing adikku. Aku tahu bagaimana citarasanya. Seorang perempuan yang jujur, kelakar, selamba, muslimah, sopan, cantik dan beragama islam yang pasti. Hehehe. “Yeke kak?! Siapa siapa siapa siapa siapa?” Tanya adikku teruja. Mula memegang tanganku yang sebelumnya asyik sangat dengan telefon bimbit di tangan. Main game lah apa lagi. Kalau nak ikutkan, adik aku ni memang hensem tapi memilih betul. Macam perempuan. Tapi aku pula macam lelaki. Hahah terbalik sudah. “Ek eleh. Budak ni pulak yang melebih. Aku Tanya kau dulu kan? Jawab pertanyaan aku dulu. Kalau tak, aku tak nak bagi tahu kau siapa. Hihihihi.” Kataku cuba mengugut adikku. “Alah kakak ni. Ada je. Tapi kau nak ngorat diorang ke? Ada berani?” Tanya adikku musykil dengan tindakan aku. “Hallo dik! Ini Rina okey. Anything I can do lah. You don’t trust me? Watch and learn okey.” Kataku dengan poyo dan bangga. Saja nak main-main dengan Nyah sorang ni hohoho. “Poyo la kau! Ramai sangat la kawan aku. Nanti kita buat open house, then masa tu aku jemput semua kawan2 aku. Nanti kau pilih la mana satu kau nak. Sorang Rm100. Mai mai jual jual hahaha.” Cadang adikku dengan lawak bodohnya. Brilliant jugak adik aku ni. Apasal la aku tak pernah terfikir masa2 tahun sebelum ni. Atoyai. “Woi! Kau nak jad bapak ayam apa! Okey set! Hehehe kau bawak yang hensem2 tau.” Kata ku mula nak menggatal. “Nanti aku bawak yang paling hodoh.” Kata adikku selamba. Kuajaq kau dik. Siap kau nanti. “Kak! Siapa budak perempuan yang mintak no. aku tu?” Tanya adikku mendesak. Ek eleh mamat ni. Dah desperate sangat macam aku ke sampai nak desak2 aku pulak. Sekeh jugak nanti. “Laaa, lupa nak cakap. Nama dia Aisyah. Cantik sangat2.... Dia mak cik yang jual nasi lemak kat kawasan rumah kita tu. Hahahahah!” Aku mula lari sepantas kilat menuju ke dapur sambil tergelak besar selepas mengenakan adikku. “KAKAK!!” aku masih tergelak apabila melihat muka adikku merah kerana marah. Hahah sudah terkena. Amekaw! Hahahah.

“Petang2 ni tengah redup,best jugak kalau jogging dengan Sophie.”Aku menelefon Sophie rakan baikku dan  mula mengatur rancangan. Kami mula berjoging setelah masing2 bersetuju untuk memanaskan badan dan menurunkan berat badan. Biasalah, kami ahli Taekwando mestilah kena cergas kan. Hehehe. Kami berjoging di kawasan perumahan kami. Agak besar kawasan perumahan kami kerana mempunyai taman permainan juga. Kami berehat sebentar di kerusi yang disediakan dan berbual rancak bersama. Tiba-tiba muncul bola tak tahu dari mana, melayang ke arah ku dan akhirnya terkena kepala ku. Aku tergolek ke belakang dan jatuh bagaikan nangka busuk. Aku melihat sekeliling seperti berpusing-pusing. Apasal bumi ni berpusng-pusing laju sangat. Sampaikan aku ternampak banyak kembar Sophie. Sophie yang berada di sebelah aku, cemas sambil menolong aku bangun. Aku perasan yang Sophie seperti menahan ketawa. “Kau gelak je la.” Kataku selamba yang masih pening dan terasa sakit di kepala. “Hahahahahaha” tawa Sophie kedengaran amat kuat sekali. Kuang asam punya membe. Siapa pulak yang baling bola kat kepala aku ni! Dah la jatuh kebelakang. Malu aku! Nanti la aku jumpa siapa yang baling bola ni. Nak je aku belasah muka dia.
Tiba-tiba datang seorang lelaki berlari ke arah kami. Aku sedikit terpegun dengan kehenseman lelaki tersebut. Fulamak! Hensemnya mamat ni. Badan dah la tough. Putih pulak tu. Ni kalau jadi suami aku, tak sanggup aku lepaskan dia. Hehehe gatalnya aku. “Boleh bagi balik bola tu?” Anganan aku terhenti dan memandang bola yang berada di tangan ku. Oh. So dia la yang baling bola ni kat aku? Tak guna. Tak jadi suami. Jadi bola lagi bagus. Biar aku sepak2 dia setiap hari. “Oh! Ni bola kau ye? Kau reti main bola ke tak huh? Sampai terkena kat kepala aku? Lepas tu kau sesedap hati selamba badak je mintak bola ni balik. Kau ingat aku apa? Patung kau tumbuk sekali, badan bergerak, tapi kaki setempat je. Hallo! Mintak maaf elok-elok tak boleh ke? Mana adab kau?” kataku seperti machine gun tak berhenti. Nafasku naik turun kerana marah dengan mamat dihadapan ku. Dia hanya tersenyum. Ek eleh. Mamat ni pekak ke? Boleh pulak senyum2 cenggitu. Kau ingat kau hensem? Tapi memang kau hensem pun. Hehehe. “Maafkan saya. Saya tak sengaja. Boleh bagi balik bola tu?” Ya Allah! Sopan nya mamat ni bercakap. Boleh senyum lagi. Tak marah ke dia? Arghh lantak dia la. Dah la buat aku marah. Sabar je. Sophie yang hanya berdiam diri sejak tadi hanya memerhatikan kami terus berkata “Dah la Rina. Bagi je la bola tu kat dia. Then kita blah. Aku rasa dia ni sewel kot. Dari tadi tersengih-sengih macam kerang busuk kat kita.” Mak aih! Kau Sophie janganlah cakap kat depan mamat ni. Kesian dia tau. Eh! Aku nak protect dia apasal? Dah la lebih baik aku bagi je bola ni then blah. Aku beri bola tersebut kepada dia dan kami terus berlalu sambil memberi salam “Assalamualaikum.” Walaupun masih ada nada geram, masih lagi ada keikhlasan di hati memberi salam. Hehehe. Salam itu wajib bagi orang islam okay! “Waalaikumusalam” Jawabnya kuat. Apahal dengan mamat ni? Kalau ye pun tak payah la nak menjerit. Aku memandang ke belakang dan perasan dia masih memandang kami sambil tersenyum. Dia yang perasan akan pandanganku, melambaikan tangan kea rah ku. Aku cepat2 pandang kea rah depan. Sophie yang perasan akan tindakan ku terus bertanya “Kau kenapa Rina? Muka merah bagai? Aku tahulah kau marah. Tapi sabar tu kan sebahagian daripada Imannnn.” Perkataan Iman itu dipanjangkannya. “Ek eleh. Poyo la kau. Tak ada apa2 la. Panaskan. Sebab tu muka aku merah. Tapi muka merah aku Nampak comel kan? Kau adaa? Hahaha” Aku cuba bergurau dengan Sophie. “Rina!!” Hahaha ye, Sophie marah. Aku berlari dan Sophie mengejar ku. Tawa kami kedengaran. Inilah dikatakan sahabat. Sentiasa bersama dimana jua. Ceria bagaikan couple. Tapi jangan fikir kami pasangan lesbian. Hahaha

Perayaaan Aidil Fitri telah pun tiba. Rumah ku telah diadakan rumah terbuka. Hampir semua rakan2ku dan rakan2 adikku datang mengunjungi. Aku yang tidak suka berpakaian baju kurung, dipaksa memakai jua baju kurung bewarna biru terkois. Agak rimas juga memakai baju kurung ini. Dengan kain yang sempit menyusahkan lagi keadaan aku untuk bergerak. Sophie teman baikku yang mendandan ku, memuji “Haa! Kan ayu gitu. Versi tomboy terakhir ke versi perempuan melayu terakhir. Fulamak! Cantik seyh kau.” Banyak la kau punya tomboy. Aku melihat diriku di cermin. Baju kurung berbunga kecil bewarna biru terkois dan selendang kosong bewarna hitam. Muka ku dimekap sedikit. Nampak kelainan dia wajah ku daripada sebelum ini. Aku yang minta untuk berhias begini. So kena la jugak tahan. Huhuhu sedihnya. Susah betul nak bergerak and rimas dengan mekap kat muka ni. Aku yang keluar ke halaman rumah bagaikan terpegun apabila semua mata memandangku. Tetapi mataku hanya terarah kepada pemilik baju melayu yang sama warna dengan warna baju ku. Kelihatan seperti aku kenal siapa pemilik badan tersebut. Apabila aku ingati semual, dialah lelaki yang membaling bola kearah ku sehingga aku jatuh tergolek ke belakang. Eeeiii! Malu betul bila diingat semula. Aku perasan akan matanya yang memandang aku. Tetapi aku buat dunno sahaja. Tiba-tiba dia datang bersama dengan adikku. Adikku member  tahu pada ku “Akak! Rasanya akak tak perlu cari lagi kot. Ini kawan Iman. Harith nama dia. Dia ni sebenarnya suka kat akak. So faham2 je la k.” Setelah adikku selesai bercakap, dia pun pergi meninggalkan kami berdua. Aku bagaikan berada dia alam mimpi yang indah. Mamat ni suka kat aku. Ya Allah! Bestnya. Tak sangka betul. Hati aku gembira bagai kepalang, tapi muka ku masih selamba bagaikan tiada reaksi. Aku hanya memandang Harith yang hanya tersenyum kepada ku. Aku perasan yang senyuman dia ni paling manis pernah aku lihat. Ya Allah! Indahnya ciptaan-Mu. “Saya Harith. Saya kenal awak siapa. Jom kahwin.” Katanya lancang. Mulutku terbuka luas. Mak aih. AKu pun tak kenal kau. Terus ajak kahwin. Aku okey je. Tapi kau kena tanggung semua pembelanjaan aku. Hahahaha. Ahh sudahhh! “Okey! Jom!” Kataku semula. Dan akhirnya kami ketawa. Sejak dari situ kami mula berkawan dan berkenalan antara satu sama lain. Dia seorang yang baik hati, kuat juga agamanya,pandai, bersifat kepimpinan, keyakinan tinggi dan sebagainya. Bagaikan lengkap semuanya. Aku jatuh cinta pandang pertama dan dia cinta pertama dan terakhir aku.

Sekian Terima Kasih. 

(Thanks sebab baca lagi hehehe. Btw ini kisah bukan tiruan. Original dari kepala otak ku. Cerita dia macam tak habis sebab idenya hanya sampai sini sahaja hehehe. Nama wataknya dari orang2 yang I kenal. Contoh adikku Iman, Rina mestilah I, Sophie kawan rapat ku (bff) and Harith ex I dulu2 hehehe. Another story will be come soon! :D )

No comments:

Post a Comment