Thursday, 26 September 2013

Tak puas hati.

Assalamualaikum kepada yang berusaha Umat Islam dan Selamat Sejahtera kepada rakan-rakan yang bukan Islam. Di sini saya mengucapkan Syukur kepada hadrat Ilahi kerana kita masih dimuka bumi ini untuk berjuang mengharungi bibit-bibit kehidupan. Malah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang teramatlah rajin membuka blog saya untuk membaca update terbaru saya yang setelah sekian lama menyepi. Lolsss~

Okay, tak perlu nak formal sangatlah kan. Bukan aku buat karangan ucapan pun -,- 
Now! Aku nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati aku terhadap segala perkara, segala percakapan orang terhadap aku dan bla bla bla

Bukan aku nak mengadu tapi..........

Okay aku start. Situasi pertama~ Jjeng jeng jenggggg~

Aku memang jenis yang suka bercerita. Suka berangan. Suka berimaginasi. Suka bermimpi. Suka termenung. Lol (itu kadang-kadang)

Biar aku cerita macam mana keadaannya. Nanti aku cakap-cakap je bukan korang faham kan?

M, N & S sedang bercerita nak berkahwin. Dengan siapa nak berkahwin. Dengan orang macam mana nak kahwin. Siapa jodoh kitaorang. & blab la bla

Then, N cakap N:Mintak-mintaklah aku kahwin dengan anak orang kaya. Mesti best kan?

S:Amin~ Asalkan dapat membimbing kau ke jalan yang benar tak apa.

M:Amin~ Kan best kalau aku pun kahwin dengan anak orang kaya. Dapat pergi ke luar Negara, romantic dinner dengan husband, dapat tidur sekatil (ops!).

N:Alaa, kau ni melebihlaa. Terlebih berimaginasi. Kadang-kadang tu terlalu over tau.

The end~

Macam tu la jalan ceritanya. Percakapan M, N & S hanya rekaan. Ceritanya sebagai contoh dalam situasi sebenar. Bayangkan aku M, memang aku ada cakap macam aku berimaginasi melalut bagai (aku tak cakap macam apa yang M cakap tau) tapi over ke?

Berimaginasi tu tak salah kan? Salah ke kalau nak berimaginasi yang konon-konon benda tu akan jadi kat dunia reality. 

Maybe aku pernah berimaginasi sampai terlebih-lebih, tapi tak akan diorang tak faham itu semua hanya GURAUAN.

Aku memang suka berimaginasi, tapi kenapa bila aku nak bercerita bab “Kalau..” mesti jadi satu isu. Serious, aku nak ber’kalau’ pun tak boleh. Spoil mood betul!


Situasi kedua pulak~

Aku tak puas hati dengan sikap orang yang nak bergurau tak kena tempat, masa & keadaan. Masalah sekarang ni, nak bergurau tu jenis yang menyakitkan hati orang. 

Contoh: W:Kepala kau botak macam buntut N yang berbulu. OR

W:Parut kat muka kau macam muka N(berparut jerawat). OR

W:Kau kalau tak cukup kening, cabut bulu kening N yang lebat tu.

Okay, bayangkan N tu korang. Salah satunya adalah betul pada apa yang korang ada. Pada masa yang sama, W bercakap dengan orang yang dekat dengan korang. Apa yang korang rasa. Sakit hati tak?

Bukanlah nak kata semua contoh yang diatas ni ada kena mengena dengan aku. Tapi aku pernah kena(Bukan macam ayat dia atas!). Aku tahu dia bergurau, tapi kalau dah menyakitkan hati & terguris hati ni macam mana pulak? Lagi-lagi bergurau dengan benda yang kita tak suka.

Aku yang pernah terkena ni pun pernah menangis sekali. Hahaha (lembik la aku ni)

Mula bila M bergurau benda lain aku boleh gelak-gelak lagi. Then bila masuk bab yang aku tak suka, aku nak marah pun tak jadi. Aku slow-slow berhenti gelak then blah dari situ. Membe aku yang lain dengar perbualan kitaorang, pun marah. Membe aku pun try protect aku, aku secara tak sengaja meleleh hahaha. Last-last membe aku dengan M bergaduh. Aku try hentikan pergaduhan diorang. Tapi aku appreciate gila bila membe aku ni pegi marah-marah si M. Padan Muka! Then si M mintak maaf kat aku, aku pun maafkan je la~ 

Haihhh kenapalah lembut sangat hati perempuan ni kan? Kalau ego aku kuat, memang nak maafkan pun susah lah wehh. 

Aku fahamlah perangai si M suka bergurau. Tapi kadang-kadang kalau nak bergurau hati-hatilah sikit. Jaga sikit perasaan orang. Memang kau nak buat kitaorang happy dengan gurauan kau, tapi kalau gurauan tu menyakitkan hati, memang tak lama lagi kena belasah dengan geng kongsi gelap aku la. Lolzz


Situasi ketiga~

Aku ada kawan yang dah lama kenal. Dalam kelas tu dulu kitaorang(perempuan je) tak geng sangat dengan budak lelaki. Sebab budak lelaki pun macam malu-malu kucing walaupun lelaki dalam kelas kitaorang lagi ramai dari perempuan. 

Okay, budak lelaki dulu memang tak berapa rapat dengan aku, salah satu sebabnya, aku tak suka bergaul dengan budak lelaki yang nak tak nak bergaul dengan aku, & diorang pernah ejek aku.

Sekarang ni bila dah bertukar kelas, kelas dah tak sama & masing-masing ada course tersendiri, semua macam jarang nak berkumpul. 

Tak lama lepas tu, bila kitaorang buat perkumpulan semula, budak-budak lelaki dulu semua nak tegur aku. Aku pelik la kan. Ada yang kata “Weh, kau dah berubah dowh” “Kau Nampak lain dah sekarang.” “Bersih je muka kau.” “Pakai cologen eh?”

Aku pun “What?!!” Bengang tau. Dulu aku macam terhegeh-hegeh nak tegur diorang. Sekarang bila aku tak layan diorang, sibuk nak terhegeh-hegeh layan aku.

Bukan nak kata sekarang aku dah cantik or whatever, tapi aku mengaku aku tak sama macam dulu. Memang semua orang berubah, tapi tak Nampak ke macam mana friendlynya aku dulu?

Bila aku tak tegur diorang, kata aku sombong lah. Apa lah. Puihhh! Otak kau! Dulu aku tegur korang, buat bodoh je. 

Serious! Nak berkawan pun tengok rupa kan? Cetek permikiran lah!

The End!


Tamatlah kisah ketidakpuasan hati aku terhadap beberapa perkara ni. Actually, there is more than this. Tapi malas la nak cerita. 

Apa-apa pun, nasihat dari aku, kalau tak reti nak jaga percakapan, jaga hati dan perasaan orang lain. Kalau nak berkawan sekadar pandang rupa, lebih baik korang berkawan dengan beruk yang ada kat hutan tu. Sesuai untuk korang sebab perangai korang pun memang macam beruk kan? So tak heranlah, sebab beruk tu memang suka berkawan dengan beruk macam korang.

Kita semua ada perhiasan yang cantik, ada wajah yang cantik. Tak perlu tunggu orang kata kita hodoh, then kita rasa kita hodoh. Tak perlu dengar kata orang yang boleh memutuskan semangat kita. Jadi diri sendiri, bangun dan berjuang untuk diri dan keluarga & untuk masa depan sendiri juga. Kalau orang kata kita tak lawa, cakap pada diorang “Allah mencipta kita semua dengan kecantikan yang asli dan bukan plastic.”

Ujian datang bertimpa-timpa, Cuma kita je yang perlu buat keputusan dan berfikiran positif sama ada nak jalan penyelesaian kearah yang salah atau betul. Kuatkan Iman, sabar dan berdoa. 



Sekian Terima Kasih daripada saya Bella Bellie Bellut Belaahhhh :p

Wednesday, 17 July 2013

Short Story-Sacrifice.

     
 
    Belle ialah seorang gadis yang periang, cantik dan disukai ramai terutama sekali rakan2nya dan juga orang sekeliling. Dia seorang yang amat rajin dan bijak. Tetapi dia mempunyai kelemahan dalam bercinta. Dia bertemu dengan seorang lelaki yang kacak, peramah dan seorang yang hormat pada orang tua. Nama dia Azwen. Ramai perempuan sukakan dia. Belle yang sudah 2tahun berkawan dengan Azwen, dalam diam amat menyukai Azwen. Terlalu mencintai Azwen. Tiada sesiapa mengetahui tentang perasaan Belle terhadap Azwen. Belle berhasrat untuk meluahkan perasaannya terhadap Azwen pada suatu hari nanti.Tetapi tanpa Belle sedar, teman rapat Belle yang bernama Shyra mempunyai hubungan dengan Azwen tanpa pengetahuan sesiapa pun. Shyra memberitahu Belle segalanya memandangkan Belle teman rapat Shyra juga. Dari penceritaan Shyra, hanya Belle mengetahui tentang hubungan mereka. Walaupun hati Belle kecewa, sedih dan terluka, Belle masih tetap tersenyum. Belle amat menyayangi rakannya sendiri iaitu Shyra. Terlalu sayang, sehinggakan Belle terpaksa melepaskan Azwen dari hatinya. Memulakan hidup dengan cuba membenci Azwen. Belle cuba membenci Azwen kerana dia tidak mahu sesiapa tahu akan perasaannya terhadap Azwen. Jika sesiapa bertanya “Kau suka Azwen tak?” Belle akan cakap “Tak. Aku tak suka dia & aku benci dia. Sebab dia Playboy.” Itulah yang dia kata. Walaupun hakikatnya, Azwen bukanlah seorang Playboy dan Belle amat mencintai Azwen. Biar pun Azwen selalu tegur dan bermesra dengan Belle, Belle tak pernah sikit pun menunjukkan dia benci atau tidak selesa bersama Azwen, sebab dia terlalu lemah apabila berhadapan dengan Azwen. (Keliru sikitkan? Like this, apabila dia berhadapan dengan Azwen, Nampak macam dia suka berkawan dengan Azwen. Tapi jika bersama dengan orang lain selain Azwen, dia akan kata benci or tak suka bila bersama Azwen. You know, like fake friends. Tapi sebenranya tidak. Ia hanya lakonan agar tiada sesiapa tahu Belle suka Azwen.) Belle terpaksa menafikan hatinya sendiri. Walaupun sebenarnya, Belle tidak pernah sekali melupakan dan berhenti mencintai Azwen.

The End!

Itulah je short story nya. Memang short gila haha. Anyway, nama dalam cerita ni tak ada kena mengena dalam cerita ni. Tetapi kisah ni adalah kisah benar. So, apa pengajaran yg korang dapat? 

Let me tell you guys. Sacrifice. Pengorbanan dalam percintaan. Ermm Belle terpaksa melepaskan Azwen dari hatinya. Dia tidak mahu terus cuba mencintai Azwen kerana dia tahu jika Shyra tahu dia mencintai Azwen, hubungan sahabat antara Shyra dan Belle pasti renggang. Dalam masa yang sama, kemungkinan Shyra akan menberitahu kepada Azwen bahawa Belle mencintai Azwen. Belle terpaksa membiarkan Shyra bahagia bersama Azwen, kerana dia lebih sanggup melihat orang yang dia sayang bahagia daripada diri sendiri. 

So, korang pernah tak sekali berkorban demi bestfriends? Berkorban seperti dalam cerita ni? Well..if you love your friends, you would do that. But don’t worry, Allah knows everything. Allah will find someone better for you. :)

Thursday, 11 July 2013

IZINKAN ABANG NIKAH SORANG LAGI.

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.

Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.

Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.

Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.

Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah

Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.

Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.

Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.

Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.

Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.

Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.

Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.

Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.

Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.

Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.

Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.

Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.

Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.

Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.

Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit.. tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.


Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

01. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…

02. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…

03. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang…

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.

Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.

Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sarawak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery


Cerita ini saya dapat dari Facebook. Hmm apa pandangan anda? Pada lelaki. Kalau korang dalam situasi yang sama macam ni, korang nak tinggalkan wife no.1 korang tak? Pada perempuan. Kalau korang dalam situasi watak Qistina, adakah korang akan terus memaksa Asraf Mukmin untuk mengahwini anda? Hmm tolong jangan jadi penghancur rumah tangga orang lain. Jagalah maruah kita sebagai wanita. 

Thanks coz read my blog. Assalamualaikum :)

Sunday, 23 June 2013

Demi Lovato.

Assalamualaikum :)

Just now Im read tweets about Demi Lovato’s Father. I found that her father is die. Im sorry about her loss. It must be so sad lossing someone we love. Someone who have been through all happiness since born. Who knows, Demi Lovato has went threw so much pain before & after being famous. Who knows, she cutting her hand. Idk why she do that. But I know, she in pain. Well, she cutting herself when she was 11. Apa yang aku tahu about Demi, she was shame about herself. Dia pernah terfikir untuk membunuh diri. Like seriously? Okay, aku pernah terfikir macam tu jugak. And guess what? Me and her, are just same but we’re in different situation. Alhamdulillah, aku masih ada Iman untuk mengawal perasaan.

While Demi Lovato has been pretty candid about her struggles with emotional and physical issues in the past, one thing she’s recently opened up about is her self-harming.


Words cannot describe the emotions I was feeling when I hear her songs. The thought of someone you deeply love go threw this .. its horrible. The feeling when you know your loved one is up and running and 'staying strong' .. its amazing. To know that my biggest inpiration is back on track, im over the moon. The things she went threw .. i can't even imagine how she put up with it all. Being famous comes with a high price. But this girl .. her worries started way before being famous. This is how we know she is the most strongest, talented & amazing girl out there.

Story about Demi's life, she was in this situation before. 

"I've spoken openly about being bullied throughout the past few years," she says.
"But one thing that I've never been able to feel comfortable talking about was the effects that it had on my life, afterward. I didn't know why they were being so mean to me. And when I would ask them why, they would just say, 'Well, you're fat."

Most of the girls and boys are trying to be thinner, smarter, prettier and better because society puts pressure on them and keep tell them that they HAVE to be perfect. But beauty isn't about the outside. It's about the inside. Demi Lovato know this, and that's what makes her more special than the other singers.We need more singers like her, in this screwed-up world.

Yet I found a song ‘Belive in Me’ which a story about believe in yourself. It’s like a note for ourself. & this song, maybe is part of story about her life. Just read & feel the lyrics. 


I'm losing myself
Trying to compete
With everyone else
Instead of just being me
Don't know where to turn
I've been stuck in this routine
I need to change my ways
Instead of always being weak
I don't wanna be afraid

I wanna wake up feeling beautiful..today
And know that I'm okay
Cause everyone's perfect in unusual ways
So you see, I just wanna believe in me

The mirror can lie
Doesn't show you what's inside
And it, it can tell you you're full of life
It's amazing what you can hide
Just by putting on a smile

I'm quickly finding out
I'm not about to break down
Not today
I guess I always knew
That I had all the strength to make it through

Not gonna be afraid
I'm going to wake up feeling beautiful..today
And know that I'm okay
Cause everyone's perfect in unusual ways
So you see, now, now I believe in me

Now I believe in me


If you know, Demi makes about 12 tattoos on her body and it very meaningful to her. One of my favourite tattoos on her body is ‘Stay Strong’.


 Guess what. She makes tattoos on her hand which is a scar of cut before. Dia buat tattoo kat parut tu sebab everytime she feels down, she will look at her hand, then she will be okay. The other one is ‘Now I’m a Warrior’. 


At her back. All her tattoos is very meaningful. Omg! Sometimes I’m thinking, why she has been through all this? Why her?

She's managed to stay so strong after everything she's been through. I look up to Demi Lovato because she inspires me to stay strong. Her songs help me through everything. She's so inspiring to loads of people and has helped others stay strong to. 

Makes Demi Lovato as one of your idol. She is strongest, bravest & amazing person. Remember guys, we are not always perfect. If someone try to knock you down, get up & slap their face. Okay joke! Whatever is bringing you down, get rid of it. You don't need that negativity in your life.Whatever hurts you today makes you stronger tomorrow. Just don’t look back, go straight, be happy, live your life, smile & stop thinking what hurts you.

I love you, Demi Lovato.

Tuesday, 11 June 2013

100 facts about me.

Assalamualaikum. 



Wassup’ ! 200 facts bout me? Wehh! Banyak gila. Haha oleh disebabkan itu, aku tulis 100 facts only. Motif aku buat benda ni? Haaaa~~~ Ermmm~~~~~ Ntah. Aku sendiri pun tak tahu. Tapi sekurang-kurangnya korang boleh mengenali kisah aku dan diri aku ;)

Since aku asyik update pasal apa2 ntah, lebih baik aku update pasal diri aku dan aktiviti seharian aku. hehe

So just straight to the point starting with WHILE IN SCHOOL & TEEN LIFE, AT HOME, & KID’S LIFE. 

1. Nama aku Rina Nabilah. (Semua dah tahu =.=”)

2. Orang panggil aku Bella or Rina. (No need to tell la -.-)

3. Im officially 17 in 2013

4. Bangun dari tidur terus tengok jam, kalau belum 6:30, sambung tidur semula. (Solat? Dah solat dulu.)

5. Kalau bersiap kesekolah ambil masa 15/20 minit sahaja. (Mandi 5 minit je pun -,-)

6. Selalu jugak buat bas tunggu aku siap. Hehehe (Sebenarnya dah siap, Cuma pakai kasut je belum. :D)

7. Kalau sempat, dalam bas pun terlena jugak hihi

8. Setiap kali masuk kelas, suka tunjuk muka monyok then terus letak kepala atas meja. hihi (Sebab mengantuk~ Hampir selalu.)

9. Disekolahkan di SMK Bandar Baru Sungai Buloh. (Amboi ayat~)

10. Form 1-form 3 berada di kelas ke 8 daripada 17. Form 4-form 5 berada dikelas ke 3 daripada 17 kelas. (Banggakah? Oh Tidak J)

11. Tak pernah ambil jawatan pengawas apa2 pun disekolah kecuali Penolong dan jawatan dalam kelab dan persatuan. (Pernah mohon pengawas sekolah, tapi tak dapat T.T)

12. Lebih suka pakai baju sukan sekolah daripada baju kurung sekolah semasa bersekolah. (Rimas arh~)

13. Kalau bosan semasa belajar (especially time BM) mesti tongkat dagu then kena marah dengan Cikgu =..=

14. Paling bersemangat semasa PJPK (diluar kelas, bukan dalam kelas) tapi bila cikgu kata tak keluar kelas hari ni, aku paling sakit hati. Then masuk kelas buat muka bengang & aku kutuk cikgu puas2, tak nak dengar apa yang cikgu ajar kat depan kelas. Hahaha

15. Aku suka makan makanan yang pedas. Semasa rehat,aku akn makan makanan pedas, tapi bila pedas sangat, tak habis2 ulang ayat “Pedas gila!”

16. Pernah meleleh air mata sebab makan mihun sup pedas sangat hahaha

17. Suka kongsi makanan tapi bila orang kongsi makanan dengan aku, aku hanya ambil sedikit sahaja (sikit sangat2) kecuali kalau dia kata “Ambil la semua.” Aku akan buat makanan tu macam aku punya sendiri hihihi

18. Seorang yang tak suka biar orang tunggu lama. (Tapi orang suka buat aku tunggu lama -.-)

19. Seorang yang selalu lupa kalau ada orang hutang aku. Kalau orang nak bayar hutang kat aku, aku mesti cakap “Apa ni?” then dia kata “Hutang aku kat kau la.” Then aku kata “Ada ke? Bila?” aku cuba ingat tapi tak ingat langsung! Serious. Tapi nasib baik kawan aku ni jujur sikit sebab dia kata “Nah! Ambil je la, yang aku tahu aku ada hutang kau. Haihh asyik lupa je. Bahaya kau ni” then aku just tersengih hehehe dalam kepala otak fikir ‘Bagus jugak, aku tengah tak bawak duit belanja banyak ni’ Hahaha sakai kan? =.=

20. Suka berkhayal dalam kelas. Expecially time exam. (Perkara biasa yang selalu berlaku.)

21. Suka berkawan tapi tak pandai berkawan cause aku tak berapa peramah. (Kadang2 peramah tu peramah sangat pulak -.-“)

22. Suka menyanyi dalam kelas. Berjangkit dengan Sophiya (duduk bersebelahan dengan aku dalam kelas). Kalau dia start menyanyi, aku akan sambung menyanyi jugak hehehe

23. Selalu bawa gitar kesekolah kalau ada event or time sekolah yang tak belajar then nyanyi ramai2 satu kelas. (Best moment :’))

24. Sebenarnya tak berapa pandai main gitar hehehe tapi yang selalu main gitar Sophiya (my bff)

25. Pernah tertidur terus dalam kelas semasa belajar BM (Hahaha last2 kena tegur dengan cikgu) =.= zzzz

26. Semasa berjalan kat mana2 pun tak suka pandang orang sebab dah tahu, tak akan Nampak muka diorang(rabun jauh) tapi bila kena tegur dengan orang secara tiba2, mula gelabah siapa yang panggil. Then bila dah jumpa siapa yang panggil, paling menyampah tengok dia dari jauh, mesti kena datang terus depan dia hihi. Pernah sekali jalan tunduk tetiba orang tegur “Hai.” aku macam biasa akan cakap ‘Hai’ walaupun tak kenal siapa dia, bila pandang muka dia, lagi sekali cakap ‘Hai’ haha sengalkan.

27. Dalam kelas kalau ada lawak2 dengan cikgu, tak suka sangat nak campur bercakap, lebih suka gelak sorang2. Hahah kesiannya aku T.T

28. Pernah dianggap ‘Invisible’ dalam kelas. 2x. Masih dapat dikira. First Nazwan kata aku Invisible sebab macam tak hidup, senyap je memanjang. (Kau apa tau! Aku senyap mungkin time tu aku tak ada mood k. ) Second, cikgu sejarah tak perasan aku dalam kelas. Ada sekali ada budak nak panggil aku then dia kata “Rina tak ada. Tidur kat rumah lagi la kot.” Aku yang tengah tulis something terkejut. ‘Sampai hati, Cikgu.’ Aku terdiam, nak tergelak pun ada tau. Last2 budak2 kelas kata ”Cikgu, Rina datanglah. Dia ada kat depan tu.” Then baru cikgu perasan aku. Dia mintak maaf, tak pasal2 classmates gelakkan aku. Sedih dowhh cikgu tak perasan aku. Dah la kata aku tidur kat rumah. Ciput betul -,- haha

29. Pernah kena rampas handphone masa form2. Heheh guess what phone I used that day? Hihi Nokia 3300. Aku tak akan pernah lupakan kisah ni. Masa tu ada spotcheck, mula member kelas kena then dia bagi tahu cikgu aku pun bawak phone sekali (kuang asam betul! Macam mana ntah dia boleh tahu) then cikgu panggil nama aku. Dia suruh aku keluarkan then aku bagi beg kecik letak phone tu, cikgu kata “Wuishh. Besar phone ni. Mesti mahal ni.” Then keluarkan, satu kelas gelak. “Mahal gila, cikgu!” Lagi la satu kelas gelak. Serious! Malu + Lawak gila. Aku bengang jugak la time tu hahah sampai sekarang aku tak tuntut langsung phone tu. Landak la xD

30. Secara am nya, aku gadis nakal. (Ceh ayat. Gadis konon.) Pernah kena rotan kat tangan. Since sekolah agama sampai masuk tingkatan. Paling nakal masa sekolah agama la heh heh heh.

31. And of course tak suka melepak kat tengah2 orang ramai masa rehat. Serious! Aku paling tak suka tunjuk muka poyo yang tergelak2 kuat semata-mata nak ambil perhatian tu. Kononnya dah dapat gelaran HOT kat sekolah. Wahh~ Aku tak suka itu. Harap maklum. Lain lah kalau orang anggap aku HOT. Tapi aku tak perlukan semua itu ;)

32. Tak suka menunjuk-nunjuk. Kalau ada orang menunujuk-nunjuk depan aku pun, kesah apa aku :p

33. Kadang2 kalau ajak membe pergi tandas, hanya basuh tangan then betulkan tudung. Nanti berjam jam la kitaorang dalam tandas bersembang kalau jumpa membe lain. Haha tujuan aku hanya satu kalau pergi tandas, nak jalan2 cause malas nak duduk dalam kelas lama2 hehe

34. Pernah crush dengan classmates. Form 1 lain, form2-3 lain & form4-5 lain. Tak pernah kekal cause dalam otak aku, crush hanya suka2 suka macam tu je. Lol Tapi semua crush aku kenal siapa aku. Hehehe

35. Pernah keluar date masa bfday aku(2012) dengan crush yang sekarang 18y/o. He’s good-looking & he is guitarist. Heee

36. Hanya ada 3 ex-boyfriend. Hehehe btw saya seorang yang setia tau. 3 je? Well perlu ke banyak2 boyfriend. Boleh tahan Banyak jugak la reject yang lain tu. Heheh Kalau dulu, couple need to be serious. But now, Im single. Weee xD

37. Paling lama couple 1tahun 8bulan. Paling sekejap 2Bulan 6hari hihi. (Who cares? =.=)

38. Seorang yang banyak makan tapi badan tetap mantain kurus melidi bak kata kawan2 & macam ‘membela’ bak kata saudara mara. Arghh sedih kot dapat panggilan macam tu. Apa boleh buat? Dah Allah beri bentuk fizikal begini, nak buat macam mana lagi. Tapi ada orang request jadi Model tau. Hahah so poyoo~

39. Secara jujurnya tak suka orang merokok la. Shisha? Pernah try sekali, terus menyesal nak hisap lagi. But trust me, I hate smoke.

40. Suka benda mencabar & suka buat perkara yang baru dalam hidup Heheh

41. Love music, X-stream activity, menembak, bowling, & all! xD

42. Setiap kali bershopping, dah set kat kepala nak beli seluar, tapi akhirnya bawa balik baju. Alasannya tak jumpa seluar. (Otak hang, kau Nampak tapi macam2 alasan kau bagi. Mahal la, tak lawa la, apa la. =_=)

43. Kalau boleh bila outing dengan kawan2 tak suka melepak makan, cause I know it wasting our time to have fun! Serious tak suka! Then buang masa bersembang lama2 masa makan. Grrr

44. Kalau outing mesti bawa RM200 je paling banyak, palin sikit RM50.

45. Aku akan membuang masa berjam-jam memilih baju apa nak pakai since start pakai tudung. Serious! Nak kena matching lagi. Haa~ Sabar je la. Tapi akhirnya pakai bajuyang sama juga -.-

46. Lebih suka kasut sneakers & flat shoes. Only once, wearing high heels 5 inchi(kawan punya). Ya Allah. Serious sakit. Tapi masa tu steady je muka. Stay cool Hahaha

47. Paling tak pandai beli girl’s things like handbag, accessories & bra. Hahaha mesti kena bawak kawan or one of my family either my bro & father to suggest me which one is okay to me. Hahaha but bra I’ll ask my mother la -,-

48. Since Im started wearing shawl to cover up my head, I love to buy new shawl & make my collections. Guess what? It was my first favorite collections. Heheh Im very proud with coz Idk why :p

49. Seorang yang tak suka dipaksa, disuruh, & dimarahi.

50. Lebih suka menegakkan keadilan sama ada diri aku, keluarga, dan juga orang sekelilingku.

51. Suka menolong tetapi antaranya Tidak mampu.

52. Mudah sangat mengalirkan air mata sejak ‘peristiwa’ itu berlaku. Tetapi aku lebih banyak pendam sekarang.

53. Terlalu sayangkan keluarga dan kawan2. Tak sanggup kehilangan mereka.

54. Seorang yang hyper aktif (kalau ada mood), akan jadi gila (bila mood mengila), suka tangkap gambar (sama ada sendiri atau orang lain), akan jadi senyap gila (bila tiada mood), paling suka gelak & buat orang sekeliling gelak walaupun dengan perangai ‘Stupid’ aku. Hehehe Seorang yang amat risau akan sesuatu tetapi muka masih selamba, sampaikan orang bengang tengok aku macam tak risau je. Hahaha

55. Keadaan fizikal? Maaf. I tu privasi. Hehehe

56. Bercita2 untuk menjadi seorang Pilot.

57. Suka hidup berdikari & terlalu fikirkan tentang masa depan.

58. Tahu tak kisah hidup Demi Lovato? Perasan tak tangan belah mana ntah ada parut dibahagian nadi dia? Well, secara jujurnya aku pernah nak buat macam tu. Pernah juga aku hampir2 nak beli ubat tidur sebab aku nak makan ubat tidur tu banyak2. So aku tak perlu bangun2 lagi. (Im not stupid about doing that stupid thing. It just...you know. Sometimes kita sentiasa rasa macam give up nak hidup.)

59. Setiap kali kalau makan kat luar mesti order air Jus Epal. Hehehe that’s my favourite.

60. I just love simple and nice style. Ikut keselesaan jugak. Tak suka pakaian yang terlalu berat kat badan.

61. I hate pink color. Serious talk. Idk why -,- But I love black, white, red, and blue heee

62. Balik dari sekolah, bukak tudung, letak beg terus pergi dapur cari makanan huhuhu except kalau penat sangat aku baring terus terlelap hehe

63. Orang kata aku jeis yang macam tak ada perasaan, tapi sebenarnya tak, walaupun ekperesi muka aku Nampak selamba, tapi hati aku tiada siapa tahu.

64. Seorang yang makan banyak tapi tak pernah gemuk2. Pelikkan o.0

65. Pernah menghidap penyakit.........................rahsia. ^^

66. Suka suasana kampong. Lebih suka kot kalau time balik kampong, duduk rumah papan, wahh~ Tak pernah duduk rumah papan. :/

67. Lebih suka menyendiri.

68. Zaman kanak2 aku sangat nakal. Ada sekali mama suruh pakai gaun (sebab time tu kat kampong terlupa bawa baju lebih), aku tolak mentah2 then aku terpaksa jugak pakai. Then senyap2 aku pakai seluar panjang dengan gaun pendek tu. Tak pasal2 kena marah dengan kakak. Hahaha

69. Boleh dikatakan perangai aku dah macam lelaki. Main lastik cicak, main sampan2 kat depan rumah(kat kampong), main panjat pokok, lumba basikal, main kad dengan budak lelaki. Serious talk, tak ada langsung aku main mainan keperempuanan hahaha

70. Pernah eksiden motor 2x. Hehehe First motor lama (form2), second motor baru (form3). Ni sendiri bawa la. Luka paling teruk kat pinggang & siku. 2x eksiden, luka kat tempat sama je urghh

71. Atlet olahraga since darjah 3 sampai form2. Then terpaksa berhenti masuk futsal pulak. Tu pun tak aktif sangat macam dulu sebab masalah kesihatan.

72. Paling suka bersukan. Sukan kegemaran, larian, futsal, renang, tennis & macam2 lagi la. Tak ingat pulak apa =.=”

73. Kat tangan mesti ada jam, kalau tak ada jam, rasa macam tak selesa sebab 24jam aku mesti tengok jam. Hhehehe

74. For sure, the most collections I have is cloth. Lol of course la. (Everyone have it -.-)

75. For sure, I hate orang yang terlalu menyibuk pasal aku. I hate orang yang tak ada kepercayaan pada aku. I hate orang yang suka menuduh bukan2 kat aku. I hate orang yang terlalu pentingkan diri sendiri dan riak. I hate orang yang tak reti nak mengaku kesalahan sendiri. I hate fake people. Tapi apa boleh buat, aku hanya perlu maafkan sahaja mereka.

76. Paling benci orang yang menghina aku, keluarga aku, kemampuan aku, barang yang aku ada sekarang, kawan aku, & everything. Kalau mereka hina barang2 yang aku ada sekarang seperti mereka menghina rezeki aku dan juga keluarga aku. Contoh orang hina phone aku buruk la, murah la, but trust me, diorang menghina kemampuan parent aku mencari rezeki iaitu wang, malah phone itu sendiri bukan dari hasil titik peluh aku, tapi ibu bapa aku. Cukuplah sekadar menghina aku dan bukan ibu bapa aku!

77. Percent of my favourite songs: BI-70% BM-28% Indon-1% Korean-1% hehehe

78. Paling tak suka tengok cerita Indon, Thailand, Tamil & Philipines. Hindustan, Korean, Jepun & Cina layan la juga.

79. Sangat suka melancong.

80. Tidak berapa suka memiliki anak patung. Tapi suka tengok sebab anakpatung comel especially bear. Hehehe

81. Kadang2 kalau ada barang yang aku tak suka, tapi ada orang bagi, but trust me, even aku tak suka, aku appreciate sangat2 & lama2 aku akan suka barang tu hehe

82. Lebih suka hidup sederhana, kalau boleh aku tak nak tahu berapa banyak duit yang aku ada kalau aku kaya raya, sebab nanti aku lupa diri.

83. Lelaki idaman: Tidak merokok, tidak menshisha, tidak membuang masa melepak, tidak sombong (tidak poyo), tahu hokum hakam agama Islam, berdikari, berkeyakinan tinggi, tidak memandang rupa, terima seseorang seadanya, bijak dalam apa jua hal, bekerjaya, pemimpin yang berjaya dalam keluarga, menghormati orang tua, sopan santun, tidak mementingkan diri sendiri,

84. Aku lebih rela diam or tak bertegur sapa daripada buat muka happy berhadapan dengan orang yang tak suka aku. Sebab aku tak perlukan gelaran FAKER!

85. Seorang yang boleh dipercayai, maybe~ Sebab apa saja orang bercerita pada aku, aku tak suka bercerita pada orang lain.

86. Kalau boleh aku nak perbaiki apa jua keadaan sekali pun tapi.... selalu sangat jadi mangsa. Hmm

87. Bola sepak ialah permainan kegemaran aku. Sokong MU, Malaysia, Johor, Selangor & Perak hihi Sebaba Johor & Perak kampong aku :P

88. Tidak mudah melenting. Kalau marah, sekejap je, lepas tu okay.

89. Seorang yang pemaaf. Tak suka berdendam, tapi kadang2 kalau geram sangat balas juga dendam, Cuma bukan teruk pun.

90. Lebih suka pendam daripada bercerita pada orang lain mahupun orang yang dipercayai.

91. Kadang2 kalau aku terlalu geram, marah or tak ada mood, aku akan membebel tanpa henti. Macam machine gun. Kalau boleh tak ada siapa boleh potong cakap aku hahaha

92. Tak suka menyusahkan orang lain. Serious tak suka. Tapi kalau dah susahkan orang lain aku akan berasa bersalah sangat2 tapi muka aku still cool macam tak berslah pun. Hahaha sakaikan xD

93. Tak kisah berkawan dengan siapa pun. Kaya, miskin, hodoh, cantik, pendek, tinggi, tua or muda tiada dalam list rule of friendship aku. Lagi pun aku mana ada rule of friendship =.=” Tetapi! Selagi dia kawan aku dan dalam diam dia tak suka aku or aku dah tahu dia tak suka aku, dia tetap kawan aku. Aku kisah apa kalau dia tak suka aku? Yang pasti dia still layan aku, aku still layan dia x)

94. Lebih rela diri disakiti daripada tengok orang lain disakiti.

95. Tak batak or tak teringin langsung kawan yang perasan fmous, HOT, or desperate. =.=

96. Seorang yang kuat berangan kat depan cermin. Hahaha

97. Haters? Apa tu?? Errr kesah apa kalau aku ada haters ke tak? Kalau orang tak suka aku, landak dia laa~ huhuhu

98. Anak Encik Mohammad Hashim bin Ridzwan dan Salmah binti Chu. I love both of them do much much much muchiess~ lulzz hehe

99. Saya takut serangga. Bukan takut Cuma geli. Semut pun kalau naik atas badan aku, aku cepat2 kibas. Hahaha tapi masih lagi ada keberanian untuk pegang serangga. Heh heh heh

100. Untuk kali ke 100, aku tak suka kalau orang menjerit atau menengking kat telinga aku. Ya Allah rasa macam nak lempang je muka dia =.=

Sooooooo~ Itu sahajalah 100 facts about me! Yeayyy! Tahniah kerana anda telah membuang masa membaca update ntah apa2 saya ni. Hohoho anyway sorry sebab macam tak teratur je. Hahaha

Guess what? I take 2 weeks just to done this. Hahaha seriously! Aku sendiri tak tahu apa yang ada pada aku. I mean tak ingat la hehehe

# Bagi sesiapa yang dah baca tu, harap jangan terasa. Tak bermaksudkan sesiapa pun dalam kisah ini. =)

Sincerely from blogger:

Rina
*Apa pandang2?* Hahaha
Love Yyahh~

Tuesday, 28 May 2013

Kuatkah aku?



Assalamualaikum.


Ya Allah. Lama betul aku tak update blog & video shawl tutorial. Al maklum la~ Buzy katakan. Mesti korang rindu nak baca update aku kan? Ecehh~ (siapa je yang nak baca blog kau -,-) haha
Anyway, tajuk hari ni “Kautkah aku?”. Well~ Mestilah aku kuat. Jangan ingat badan aku kurus & lembik tak kuat tau! Atlet taekwando kalau you olls nak tahu. Lulzz poyo jap. Hehh

Actually ada kena mengena juga dengan apa yang aku cakap. Perempuan ni kuat tau dari pada lelaki. Kalau nak tahu, pergi tanya mak korang. Haa~ Mesti mak korang cakap “Ye” Kalau ada yang cakap “Tak” tu no comment la ye. Hehehe
Betul. Perempuan memang kuat. Perempuan kuat dalam bertarung nyawa melahirkan anak. Perempuan kuat dalam melawan perasaan. Perempuan kuat dalam bertarung mulut. Eh? Hehe
Sebenarnya nak cakap pasal perempuan yang kuat dalam melawan perasaan. Aku? Nak kata kuat tu......ntah la. Selalu kita nampak perempuan boleh lagi tersenyum & tergelak walaupun dia kecewa. Kata orang “Kita Nampak dia happy go lucky, tapi hati dia, tiada siapa yang tahu, sama ada sedih atau kecewa.”

Memang tidak dinafikan, semua perempuan tabah sebenarnya. Kita tak tahu, dalam dia tengah gelak2, masa tu dia tengah kecewa, rasa macam nak menangis, tapi dia tahan sebab dia tak nak orang risaukan dia. Kita pun tak tahu, tengah kita gelak sama2 dengan dia, semalam dia ada masalah dengan family/bf/gf, dia cuba nak luahkan kat kawan, tapi dia tak nak kawan2 dia risau kat dia, sebab dia tahu dia boleh handle sendiri. Kita tak tahu, bila kita Nampak dia senyap, dia moody, dia sebenarnya tengah ada masalah, tapi bila kita tanya kenapa, dia kata tak ada apa2 and cuba buat lawak so tiada siapa risaukan dia lagi.

See! Kuatkan perempuan ni? Dalam diam, setiap malam, setiap kali nak tidur, dia akan teringat akan masalah dia dan jadi lemah dan terus menangis. Kenapa mesti setiap malam dia menangis? Sebab setiap kali dia menangis, dia lepaskan segala yang dia simpan dalam hati, then dia terus tertidur dan mulakan esok pagi dengan senyuman dibibir.
(‘dia’ dalam cerita ni ialah perempuan. Tak kira siapa pun perempuan tu)

Bukan nak cakap perempuan je, lelaki pun sama kuat. Tapi lelaki paling kuat berahsia. Kalau perempuan nak korek rahsia lelaki paling susah. Well, secara am nya, aku tahu semua ni dari pengalaman sendiri juga.

That’s all for today. Patutnya nak tulis panjang lagi, tapi idea yang berlambak tu dah hilang dari kepala otak ni =.=
Bye you olls ~

Wednesday, 1 May 2013

~ Kisah yang Menginsafkan ~

Assalamualaikum.


Hayatilah dan ambil iktibar....semoga bermanfaat


Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal.. sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata. Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit... itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah... Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita.. kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.......................

(semoga bermanfaat) :')

Wednesday, 3 April 2013

COUPLE..? JODOH..? SINGLE..?



Assalamualaikum. 
Dah lama tak update blog. Hmm buzy la sekarang. Bulan 3 dah buzy sangat sampai tak ada masa nak update. Tapi kalau on9 Twitter ada la :p hehehe tapi Facebook jarang la :D


Dah masuk bulan 4. It’s April ! Yeah, orang kata bulan April untuk buat lawak bodoh. Boleh dipanggil sebagai ‘April Fool’. Hmm hari tu aku dinner kat luar dengan family, tiba2 aku tertelan something yang bergerak2. Macam ulat. Bila aku tengok kat nasi depan aku, ada 2/3 ulat. Ya Allah. Seriously! Tak perasan langsung! 
- Kalau korang percaya, korang memang dah terkena :p Muahahaha xD


Okay. Tak nak cakap pasal tu. Aku nak cakap sikit pasal jodoh. Tapi ada berkait perempuan, lelaki, attitude, couple, & macam2 lagi la.


Bab couple aku maksudkan masa zaman sekolah. Tak kira la, universiti pun sama.
Korang mesti pernah couple kan? Sekurang2nya 2/3 kali atau lebih 10 kali. 
- Kalau yang tak pernah couple tu just keep reading k ;)

And dalam masa korang couple tu selalu bertahan berapa lama? 2minggu? 2bulan? 7bulan? Setahun? 
Tak kira la sekejap atau lama, tapi korang rasa couple korang tu boleh dikatakan jodoh pada korang ke? Tak kan?

Jodoh means satu ikatan cinta yang sah seperti perkahwinan. Bila ada yang cerai, korang tahu la orang akan cakap ‘dah tak ada jodoh’. So faham2 la. 
Couple means satu ikatan cinta yang haram seperti maksiat. So, korang nak buat maksiat ke bila couple? Tak nak kan? So kalau ada rasa suka, cinta or whatever, why not just pendam? Itu lebih elok kan? Kalau betul2 suka cinta or whatever yang tak tahan sangat2, why not just bagi tahu dia, tapi jangan couple. Just buat2 tak tahu, and act like both of you is a bestfriend.


Tak susah pun act as a bestfriend. Guna kau-aku je. Kan sweet :P  
Kadang2 ada yang couple sebab nak isi masa lapang. Just suka2 gitu. Nak cari pengalaman. Nak simpan kenangan. Well tak salah sebenarnya, tapi janganlah sampai melalaikan diri dan terus terpengaruh ke arah maksiat. Tahu kan maksud maksiat? Even korang pegang tangan, suara manja2, sms guna bahasa manja, tu pun dah dikatakan maksiat tau. Ada juga ibubapa yang tak kisah korang couple, sampaikan ada yang merestuinya. Itu kira okay lagi, tapi batas tu jagalah juga k.


One more thing! Korang mesti pernah kecewa sebab break kan? Of course la. Cinta monyet la katakan. Cinta main2, sama la tu. Monyet pun memang suka main2. Kadang2 ada take a serious bab couple ni. Nak setia sampai bila2, cakap2 ‘loveyousomuchforeverandever’ Puih! Last2 korang break juga. Btw, kalau tahu diri tu tak boleh nak setia, tak perlu ucap iloveyou or what, korang boleh beri harapan pada pasangan korang.

Ohh ye. Ada juga orang ke3 dalam pasangan korang. Kadang2 orang ke3 ni perkara normal. Bukan nak maksudkan 'syaitan' dalam bab ni k. Contoh orang ke3 merampas pasangan korang. Tak perlu nak kecewa sangat, sebab orang ke3 tak bersalah sangat. Yang bersalahnya pasangan korang. Mudah tergoda or anything dengan orang ke3. Contoh yang lain pulak, orang ke3 membuat fitnah sehinggakan korang break. Haaaa! Ini patut salahkan orang ke3. :p Tapi, why not korang ignore orang ke3 tu. Kan senang. Tak ada la timbul pergaduhan. Tapi cnth:- bf tak percaya pada gf selepas dia dengar fitnah dari orang ke3, it’s up to bf, sebab bukan dalam percintaan tu, kepercayaan kena ada kan? :) Haa!

Apa2 pun, kalau korang sangsi sangat pada pasangan, better siasat dulu. Jangan terus buat keputusan. THINK BEFORE SPEAK ! Ni dikatakan orang yang pentingkan diri sendiri and seorang yang ego. Jangan nanti bila dah jadi, baru nak menyesal. Ada pasangan boleh terima korang semula, ada yang tak mahu terima :)


Pasal jodoh pulak. Siapa jodoh korang nanti? Ada cinta ke pada mulanya? Bagaimana perkahwinan aku nanti? Mesti korang akan tertanya2. Pernah juga ada orang bercinta sampai 5/10 tahun, tapi akhirnya kahwin dengan orang yang baru kenal 2/3 tahun. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Kita tak tahu bagaimana hidup kita dengan bakal jodoh kita. Susah atau senang? Bahagia atau tidak? So, kesimpulanya (ceh,macam buat karangan pulak -_-“) berdoa la banyak2. Berdoa pertemukan dengan jodoh yang baik2, yang dapat membimbing kita kea rah kebaikan, dan sebagainya.

Nak tanya pada lelaki. Korang nak calon isteri macam mana? Garang? Baik? Pendiam? Lemah lembut? Mulut kecoh? Kaya raya? Sama taraf? Tua? Or what? Cantik? Supermodel? Hodoh? Berhijab? Berpurdah?

Yang perempuan, korang nak calon suami macam mana? Garang? Tua? Muda? Beriman? Bos besar(CEO)? Kaki pukul? Hisap rokok? Gemuk? Ego? Hensem macam artis korea?


Bagi aku la kan, bila kita dah kahwin dengan orang yang betul2 kita sayang and cinta, semua yang kita tak suka pada dia seperti hisap rokok, tua or anything, dia masih lagi jodoh kita. Benci mana pun perwatakan dia pada kita, dia masih jodoh kita. Unless you divorce them.

Kadang2, ada juga suami yang terlalu sayang pada isteri walaupun banyak kelemahan pada isterinya. Sehodoh mana pun  perempuan tu, lelaki tu masih sayang pada dia.

Tapi, kita mencintai  seseorang ni tanpa sebab. Cinta tak perlu lihat pada luaran, semuanya datang dari hati yang ikhlas. So, menilai seseorang ni perlu berhati2 sikit. Bukan dari fizikal yang sempurna, tetapi sifat dan akhlak seseorang juga. Korang nak ke suami/isteri yang tak pernah solat? Unless you teach them. Korang nak ke suami/isteri yang kurang ajar pada orang tua? Tak nak kan? So, choose the right one for your life. For your goodness. For your future.

How bout single? Haaa! Single ni ada banyak jenis orang:
a)Single tapi banyak scandal.
b)Single tapi banyak crush.
c)Single tapi buat2 ada bf/gf.
d)Single tapi teringin nak bf/gf tapi kadang2 tak teringin ada gf/bf. (Keliru)
e)Single & benci nak couple. (menyesal nak couple lagi)
f)Single tapi terlalu desperate nak couple.


So korang yang mana satu? Kalau aku la kan ermmmm..............rahsia. HAHAHA
Actually, kita single ni best sebenarnya. Free! Seriously! Tak perlu habiskan banyak duit, masa dapat diisi dengan keluarga and kawan2, and banyak lagi. Plus! Korang terlepas dari melakukan maksiat :D

Kita bukan lemah tanpa cinta, hanya tidak mampu sendiri tanpa bf/gf kan. Memang secara fitrahnya kita perlukan pasangan, tapi kita kena la sabar sikit, nanti bila dah kahwin, pasangan kita (In Syaa Allah) akan kekal sampai bila2.

Ada orang macam E, walaupun dia benci nak couple lagi, secara fitrahnya, dia perlukan seseorang juga. Dalam diam ada rasa rindu pada ex2 dia walaupun dia benci nak couple. Kalau nak tahu, orang macam ni seorang yang setia pada satu.

Oh ya. Selepas break, korang akan dapat banyak pengalaman. Sama ada buruk atau baik pengalaman tu, korang kena berfikiran matang, agar dapat berubah ke arah kebaikan :)


#Aku update ni untuk pengetahuan semua juga. Apa yang aku tulis ni, ada yang dari pengalaman aku sendiri ada juga dari pengalaman orang lain. Aku bukanlah pandai sangat nak cakap semua ni, tapi ada la sikit yang boleh korang buat iktibar. Dulu aku bukanlah baik sangat, aku pun pernah couple, tapi selepas kejadian yang tak sepatutnya, aku dapat berubah. Alhamdulillah :) Orang yang kenal aku, kenal macam mana aku dulu :)

Saturday, 9 March 2013

Allah sentiasa melindungi kita :)

Assalamualaikum :)
Tahu tak apa makna tajuk 'Allah sentiasa melindungi kita'?
Mestilah korang tahu kan.

Aku cuma nak berkongsi cerita tentang seorang muslimah yang terselamat daripada perogol :)
Aku harap dari penceritaan ku ini korang dapat dijadikan iktibar bahawa Allah itu sentiasa melindungi kita.
Percayalah :)

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.


 Cerita ni bukanlah daripada pengalaman aku.
Jadi, korang dapat bayang kan pelindungan yang diberi oleh-Nya?
:') Berdoalah pada-Nya.

Kisah renungan bagi Muslimah yang belum bertudung.


Assalamualaikum, hari ni aku nak kongsikan cerita yang aku ambil dari blog, alhamdulilah sangat kerana ada contoh untuk kamu semua untuk renungan yang katanya masih belum mendapat hidayah ALLAH. Jom baca cerita yang di ceritakan ini.

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. 

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!” 

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Aliya dengan hukum-Mu”. 

Pada satu hari, ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?”. Lalu saya menjawab sambil lewa, “Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”. 

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib. 

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya. 

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaanminyak CALTEX. Dua bulan setelah saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!! 

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. 

Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata) 

Aliya: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik! 

Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati. 

Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik. 

Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya? 

Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana? 

Isteri jiranku : Aliya, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti. Tudung adalah salah satu perlindungan untuk wanita! 

Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok. 

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami. 

Aliya : Apakah hakikat tudung? 

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung. 

Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu? 

Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Aliya, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua. 

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. 

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Aliya, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT. 

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu 

“buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia” 

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.Amin. 

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam. "


#
Subhanallah. :'( Inilah muslimah yang sepatutnya jadi. Memang susah tetapi kita boleh cuba sedikit demi sedikit kan :')
Bagi mereka yang bertudung tetapi akhlak masih kurang, ambillah iktibar dari sini. Semoga Allah sentiasa disamping kita dan membantu kita untuk mengerti apa itu Islam yang sebenar. Ameen :')

Monday, 25 February 2013

Happy Birthday To Me~~~


Ini kek gua! No one can have this! :p hahaha
Happy Birthday to Me, Happy Birthday to Me, Happy Birthday to Rinaa~~~ Happy Birthday to Me~~~
Yeayy!! Alhamdulillah. I’m 17 now :D Sweet 17 you know! Lol heheh

Assalamualaikum!
Hehehe lupa nak bagi salam. Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana aku masih lagi berpeluang hidup didunia yang fana ini.
Telah hidup selama 17 tahun, dan aku dapat banyak pengalaman yang menakjubkan.
Cehhh ayat :p hahaha

Terlalu banyak sangat pengalaman yang telah aku lalui selama 17 tahu ni. Gembira, kecewa, sedih, marah, mencintai, kebahagiaan dan sebagainya. Semua ni dapat mematangkan diri aku juga. Tanpa disangka aku dapat berubah ke arah kebaikan :’)

Rasa macam nak menangis je bila teringat kat Allah. Dia memberi aku ujian tanpa aku duga. Ujian yang tak mampu aku lakukan. Ujian yang memberi hikmah disebaliknya.
Aku terlalu banyak berdosa pada-Nya. Setiap tangisan ku, akan aku luahkan pada-Nya. Hanya Dia tempat untuk aku mengadu.

Hidup ni terlalu singkat. Bila2 masa sahaja kita boleh meninggalkan dunia ini. Bila2 masa juga, hari Kiamat boleh berlaku. Aku terlalu takut apabila mengingati mati dan juga hari kiamat. Sehinggakan aku pernah menangis seorang diri di sejadah setelah aku solat. Memang tidak dinafikan, aku bukanlah seorang perempuan yang boleh dipanggil Muslimah. Masih terlalu banyak perlu aku belajar.

Apa2 pun aku tak akan berputus asa. Aku tak akan menangis lagi hanya kerana masalah kecil.
Aku akan berjuang!

Never give up on what we use to try. Never complain on what we had done. Never be a loser to haters! Hahaha Apa2 pun, my mom always said “Biar susah dulu, baru senang di kemuadian hari” :D

Sanah Helwah ya ukhti (Selamat Hari Lahir) to me :)
Thanks to those who wishing. I’m very appreciate it :D
Cerita untuk apa yang terjadi hari ini, aku akan update bila2 aku free.
Cause kalau nak ikutkan, bfday aku ni boleh dikatakan sambut 2/3 hari. lol
Hahaha

Amacam? Boleh la tahan :p