Assalamualaikum.
Dah lama tak update blog. Hmm buzy la sekarang. Bulan 3 dah buzy sangat sampai
tak ada masa nak update. Tapi kalau on9 Twitter ada la :p hehehe tapi Facebook
jarang la :D
Dah masuk bulan 4. It’s April ! Yeah, orang kata bulan April untuk
buat lawak bodoh. Boleh dipanggil sebagai ‘April Fool’. Hmm hari tu aku dinner
kat luar dengan family, tiba2 aku tertelan something yang bergerak2. Macam
ulat. Bila aku tengok kat nasi depan aku, ada 2/3 ulat. Ya Allah. Seriously!
Tak perasan langsung!
- Kalau korang percaya, korang memang dah terkena :p Muahahaha xD
Okay. Tak nak cakap pasal tu. Aku nak cakap sikit pasal
jodoh. Tapi ada berkait perempuan, lelaki, attitude, couple, & macam2 lagi
la.
Bab couple aku maksudkan masa zaman sekolah. Tak kira la,
universiti pun sama.
Korang mesti pernah couple kan? Sekurang2nya 2/3 kali atau
lebih 10 kali.
- Kalau yang tak pernah couple tu just keep reading k ;)
And dalam masa korang couple tu selalu bertahan berapa lama? 2minggu? 2bulan?
7bulan? Setahun?
Tak kira la sekejap atau lama, tapi korang rasa couple korang tu boleh
dikatakan jodoh pada korang ke? Tak kan?
Jodoh means satu ikatan cinta yang sah seperti perkahwinan. Bila ada yang
cerai, korang tahu la orang akan cakap ‘dah tak ada jodoh’. So faham2 la.
Couple means satu ikatan cinta yang haram seperti maksiat. So, korang nak buat
maksiat ke bila couple? Tak nak kan? So kalau ada rasa suka, cinta or whatever,
why not just pendam? Itu lebih elok kan? Kalau betul2 suka cinta or whatever
yang tak tahan sangat2, why not just bagi tahu dia, tapi jangan couple. Just
buat2 tak tahu, and act like both of you is a bestfriend.
Tak susah pun act as a bestfriend. Guna kau-aku je. Kan
sweet :P
Kadang2 ada yang couple sebab nak isi masa lapang. Just suka2 gitu. Nak cari
pengalaman. Nak simpan kenangan. Well tak salah sebenarnya, tapi janganlah
sampai melalaikan diri dan terus terpengaruh ke arah maksiat. Tahu kan maksud
maksiat? Even korang pegang tangan, suara manja2, sms guna bahasa manja, tu pun
dah dikatakan maksiat tau. Ada juga ibubapa yang tak kisah korang couple,
sampaikan ada yang merestuinya. Itu kira okay lagi, tapi batas tu jagalah juga
k.
One more thing! Korang mesti pernah kecewa sebab break kan?
Of course la. Cinta monyet la katakan. Cinta main2, sama la tu. Monyet pun
memang suka main2. Kadang2 ada take a serious bab couple ni. Nak setia sampai
bila2, cakap2 ‘loveyousomuchforeverandever’ Puih! Last2 korang break juga. Btw,
kalau tahu diri tu tak boleh nak setia, tak perlu ucap iloveyou or what, korang
boleh beri harapan pada pasangan korang.
Ohh ye. Ada juga orang ke3 dalam pasangan korang. Kadang2 orang ke3 ni perkara normal. Bukan nak maksudkan 'syaitan' dalam bab ni k. Contoh
orang ke3 merampas pasangan korang. Tak perlu nak kecewa sangat, sebab orang
ke3 tak bersalah sangat. Yang bersalahnya pasangan korang. Mudah tergoda or anything
dengan orang ke3. Contoh yang lain pulak, orang ke3 membuat fitnah sehinggakan
korang break. Haaaa! Ini patut salahkan orang ke3. :p Tapi, why not korang
ignore orang ke3 tu. Kan senang. Tak ada la timbul pergaduhan. Tapi cnth:- bf
tak percaya pada gf selepas dia dengar fitnah dari orang ke3, it’s up to bf,
sebab bukan dalam percintaan tu, kepercayaan kena ada kan? :) Haa!
Apa2 pun, kalau korang sangsi sangat pada pasangan, better
siasat dulu. Jangan terus buat keputusan. THINK BEFORE SPEAK ! Ni dikatakan
orang yang pentingkan diri sendiri and seorang yang ego. Jangan nanti bila dah
jadi, baru nak menyesal. Ada pasangan boleh terima korang semula, ada yang tak
mahu terima :)
Pasal jodoh pulak. Siapa jodoh korang nanti? Ada cinta ke
pada mulanya? Bagaimana perkahwinan aku nanti? Mesti korang akan tertanya2.
Pernah juga ada orang bercinta sampai 5/10 tahun, tapi akhirnya kahwin dengan
orang yang baru kenal 2/3 tahun. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Kita tak tahu
bagaimana hidup kita dengan bakal jodoh kita. Susah atau senang? Bahagia atau
tidak? So, kesimpulanya (ceh,macam buat karangan pulak -_-“) berdoa la banyak2.
Berdoa pertemukan dengan jodoh yang baik2, yang dapat membimbing kita kea rah
kebaikan, dan sebagainya.
Nak tanya pada lelaki. Korang nak calon isteri macam mana?
Garang? Baik? Pendiam? Lemah lembut? Mulut kecoh? Kaya raya? Sama taraf? Tua?
Or what? Cantik? Supermodel? Hodoh? Berhijab? Berpurdah?
Yang perempuan, korang nak calon suami macam mana? Garang? Tua? Muda? Beriman?
Bos besar(CEO)? Kaki pukul? Hisap rokok? Gemuk? Ego? Hensem macam artis korea?
Bagi aku la kan, bila kita dah kahwin dengan orang yang betul2
kita sayang and cinta, semua yang kita tak suka pada dia seperti hisap rokok,
tua or anything, dia masih lagi jodoh kita. Benci mana pun perwatakan dia pada
kita, dia masih jodoh kita. Unless you divorce them.
Kadang2, ada juga suami yang terlalu sayang pada isteri
walaupun banyak kelemahan pada isterinya. Sehodoh mana pun perempuan tu, lelaki tu masih sayang pada
dia.
Tapi, kita mencintai
seseorang ni tanpa sebab. Cinta tak perlu lihat pada luaran, semuanya
datang dari hati yang ikhlas. So, menilai seseorang ni perlu berhati2 sikit.
Bukan dari fizikal yang sempurna, tetapi sifat dan akhlak seseorang juga.
Korang nak ke suami/isteri yang tak pernah solat? Unless you teach them. Korang
nak ke suami/isteri yang kurang ajar pada orang tua? Tak nak kan? So, choose
the right one for your life. For your goodness. For your future.
How bout single? Haaa! Single ni ada banyak jenis orang:
a)Single tapi banyak scandal.
b)Single tapi banyak crush.
c)Single tapi buat2 ada bf/gf.
d)Single tapi teringin nak bf/gf tapi kadang2 tak teringin ada gf/bf. (Keliru)
e)Single & benci nak couple. (menyesal nak couple lagi)
f)Single tapi terlalu desperate nak couple.
So korang yang mana satu? Kalau aku la kan
ermmmm..............rahsia. HAHAHA
Actually, kita single ni best sebenarnya. Free! Seriously! Tak perlu habiskan
banyak duit, masa dapat diisi dengan keluarga and kawan2, and banyak lagi.
Plus! Korang terlepas dari melakukan maksiat :D
Kita bukan lemah tanpa cinta, hanya tidak mampu sendiri
tanpa bf/gf kan. Memang secara fitrahnya kita perlukan pasangan, tapi kita kena
la sabar sikit, nanti bila dah kahwin, pasangan kita (In Syaa Allah) akan kekal
sampai bila2.
Ada orang macam E, walaupun dia benci nak couple lagi,
secara fitrahnya, dia perlukan seseorang juga. Dalam diam ada rasa rindu pada
ex2 dia walaupun dia benci nak couple. Kalau nak tahu, orang macam ni seorang
yang setia pada satu.
Oh ya. Selepas break, korang akan dapat banyak pengalaman.
Sama ada buruk atau baik pengalaman tu, korang kena berfikiran matang, agar
dapat berubah ke arah kebaikan :)
#Aku update ni untuk pengetahuan semua juga. Apa yang aku
tulis ni, ada yang dari pengalaman aku sendiri ada juga dari pengalaman orang lain. Aku bukanlah pandai sangat nak
cakap semua ni, tapi ada la sikit yang boleh korang buat iktibar. Dulu aku
bukanlah baik sangat, aku pun pernah couple, tapi selepas kejadian yang tak
sepatutnya, aku dapat berubah. Alhamdulillah :) Orang yang kenal aku, kenal macam mana aku dulu :)



