Tuesday, 28 May 2013

Kuatkah aku?



Assalamualaikum.


Ya Allah. Lama betul aku tak update blog & video shawl tutorial. Al maklum la~ Buzy katakan. Mesti korang rindu nak baca update aku kan? Ecehh~ (siapa je yang nak baca blog kau -,-) haha
Anyway, tajuk hari ni “Kautkah aku?”. Well~ Mestilah aku kuat. Jangan ingat badan aku kurus & lembik tak kuat tau! Atlet taekwando kalau you olls nak tahu. Lulzz poyo jap. Hehh

Actually ada kena mengena juga dengan apa yang aku cakap. Perempuan ni kuat tau dari pada lelaki. Kalau nak tahu, pergi tanya mak korang. Haa~ Mesti mak korang cakap “Ye” Kalau ada yang cakap “Tak” tu no comment la ye. Hehehe
Betul. Perempuan memang kuat. Perempuan kuat dalam bertarung nyawa melahirkan anak. Perempuan kuat dalam melawan perasaan. Perempuan kuat dalam bertarung mulut. Eh? Hehe
Sebenarnya nak cakap pasal perempuan yang kuat dalam melawan perasaan. Aku? Nak kata kuat tu......ntah la. Selalu kita nampak perempuan boleh lagi tersenyum & tergelak walaupun dia kecewa. Kata orang “Kita Nampak dia happy go lucky, tapi hati dia, tiada siapa yang tahu, sama ada sedih atau kecewa.”

Memang tidak dinafikan, semua perempuan tabah sebenarnya. Kita tak tahu, dalam dia tengah gelak2, masa tu dia tengah kecewa, rasa macam nak menangis, tapi dia tahan sebab dia tak nak orang risaukan dia. Kita pun tak tahu, tengah kita gelak sama2 dengan dia, semalam dia ada masalah dengan family/bf/gf, dia cuba nak luahkan kat kawan, tapi dia tak nak kawan2 dia risau kat dia, sebab dia tahu dia boleh handle sendiri. Kita tak tahu, bila kita Nampak dia senyap, dia moody, dia sebenarnya tengah ada masalah, tapi bila kita tanya kenapa, dia kata tak ada apa2 and cuba buat lawak so tiada siapa risaukan dia lagi.

See! Kuatkan perempuan ni? Dalam diam, setiap malam, setiap kali nak tidur, dia akan teringat akan masalah dia dan jadi lemah dan terus menangis. Kenapa mesti setiap malam dia menangis? Sebab setiap kali dia menangis, dia lepaskan segala yang dia simpan dalam hati, then dia terus tertidur dan mulakan esok pagi dengan senyuman dibibir.
(‘dia’ dalam cerita ni ialah perempuan. Tak kira siapa pun perempuan tu)

Bukan nak cakap perempuan je, lelaki pun sama kuat. Tapi lelaki paling kuat berahsia. Kalau perempuan nak korek rahsia lelaki paling susah. Well, secara am nya, aku tahu semua ni dari pengalaman sendiri juga.

That’s all for today. Patutnya nak tulis panjang lagi, tapi idea yang berlambak tu dah hilang dari kepala otak ni =.=
Bye you olls ~

Wednesday, 1 May 2013

~ Kisah yang Menginsafkan ~

Assalamualaikum.


Hayatilah dan ambil iktibar....semoga bermanfaat


Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal.. sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata. Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit... itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah... Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita.. kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.......................

(semoga bermanfaat) :')