Thursday, 26 September 2013

Tak puas hati.

Assalamualaikum kepada yang berusaha Umat Islam dan Selamat Sejahtera kepada rakan-rakan yang bukan Islam. Di sini saya mengucapkan Syukur kepada hadrat Ilahi kerana kita masih dimuka bumi ini untuk berjuang mengharungi bibit-bibit kehidupan. Malah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang teramatlah rajin membuka blog saya untuk membaca update terbaru saya yang setelah sekian lama menyepi. Lolsss~

Okay, tak perlu nak formal sangatlah kan. Bukan aku buat karangan ucapan pun -,- 
Now! Aku nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati aku terhadap segala perkara, segala percakapan orang terhadap aku dan bla bla bla

Bukan aku nak mengadu tapi..........

Okay aku start. Situasi pertama~ Jjeng jeng jenggggg~

Aku memang jenis yang suka bercerita. Suka berangan. Suka berimaginasi. Suka bermimpi. Suka termenung. Lol (itu kadang-kadang)

Biar aku cerita macam mana keadaannya. Nanti aku cakap-cakap je bukan korang faham kan?

M, N & S sedang bercerita nak berkahwin. Dengan siapa nak berkahwin. Dengan orang macam mana nak kahwin. Siapa jodoh kitaorang. & blab la bla

Then, N cakap N:Mintak-mintaklah aku kahwin dengan anak orang kaya. Mesti best kan?

S:Amin~ Asalkan dapat membimbing kau ke jalan yang benar tak apa.

M:Amin~ Kan best kalau aku pun kahwin dengan anak orang kaya. Dapat pergi ke luar Negara, romantic dinner dengan husband, dapat tidur sekatil (ops!).

N:Alaa, kau ni melebihlaa. Terlebih berimaginasi. Kadang-kadang tu terlalu over tau.

The end~

Macam tu la jalan ceritanya. Percakapan M, N & S hanya rekaan. Ceritanya sebagai contoh dalam situasi sebenar. Bayangkan aku M, memang aku ada cakap macam aku berimaginasi melalut bagai (aku tak cakap macam apa yang M cakap tau) tapi over ke?

Berimaginasi tu tak salah kan? Salah ke kalau nak berimaginasi yang konon-konon benda tu akan jadi kat dunia reality. 

Maybe aku pernah berimaginasi sampai terlebih-lebih, tapi tak akan diorang tak faham itu semua hanya GURAUAN.

Aku memang suka berimaginasi, tapi kenapa bila aku nak bercerita bab “Kalau..” mesti jadi satu isu. Serious, aku nak ber’kalau’ pun tak boleh. Spoil mood betul!


Situasi kedua pulak~

Aku tak puas hati dengan sikap orang yang nak bergurau tak kena tempat, masa & keadaan. Masalah sekarang ni, nak bergurau tu jenis yang menyakitkan hati orang. 

Contoh: W:Kepala kau botak macam buntut N yang berbulu. OR

W:Parut kat muka kau macam muka N(berparut jerawat). OR

W:Kau kalau tak cukup kening, cabut bulu kening N yang lebat tu.

Okay, bayangkan N tu korang. Salah satunya adalah betul pada apa yang korang ada. Pada masa yang sama, W bercakap dengan orang yang dekat dengan korang. Apa yang korang rasa. Sakit hati tak?

Bukanlah nak kata semua contoh yang diatas ni ada kena mengena dengan aku. Tapi aku pernah kena(Bukan macam ayat dia atas!). Aku tahu dia bergurau, tapi kalau dah menyakitkan hati & terguris hati ni macam mana pulak? Lagi-lagi bergurau dengan benda yang kita tak suka.

Aku yang pernah terkena ni pun pernah menangis sekali. Hahaha (lembik la aku ni)

Mula bila M bergurau benda lain aku boleh gelak-gelak lagi. Then bila masuk bab yang aku tak suka, aku nak marah pun tak jadi. Aku slow-slow berhenti gelak then blah dari situ. Membe aku yang lain dengar perbualan kitaorang, pun marah. Membe aku pun try protect aku, aku secara tak sengaja meleleh hahaha. Last-last membe aku dengan M bergaduh. Aku try hentikan pergaduhan diorang. Tapi aku appreciate gila bila membe aku ni pegi marah-marah si M. Padan Muka! Then si M mintak maaf kat aku, aku pun maafkan je la~ 

Haihhh kenapalah lembut sangat hati perempuan ni kan? Kalau ego aku kuat, memang nak maafkan pun susah lah wehh. 

Aku fahamlah perangai si M suka bergurau. Tapi kadang-kadang kalau nak bergurau hati-hatilah sikit. Jaga sikit perasaan orang. Memang kau nak buat kitaorang happy dengan gurauan kau, tapi kalau gurauan tu menyakitkan hati, memang tak lama lagi kena belasah dengan geng kongsi gelap aku la. Lolzz


Situasi ketiga~

Aku ada kawan yang dah lama kenal. Dalam kelas tu dulu kitaorang(perempuan je) tak geng sangat dengan budak lelaki. Sebab budak lelaki pun macam malu-malu kucing walaupun lelaki dalam kelas kitaorang lagi ramai dari perempuan. 

Okay, budak lelaki dulu memang tak berapa rapat dengan aku, salah satu sebabnya, aku tak suka bergaul dengan budak lelaki yang nak tak nak bergaul dengan aku, & diorang pernah ejek aku.

Sekarang ni bila dah bertukar kelas, kelas dah tak sama & masing-masing ada course tersendiri, semua macam jarang nak berkumpul. 

Tak lama lepas tu, bila kitaorang buat perkumpulan semula, budak-budak lelaki dulu semua nak tegur aku. Aku pelik la kan. Ada yang kata “Weh, kau dah berubah dowh” “Kau Nampak lain dah sekarang.” “Bersih je muka kau.” “Pakai cologen eh?”

Aku pun “What?!!” Bengang tau. Dulu aku macam terhegeh-hegeh nak tegur diorang. Sekarang bila aku tak layan diorang, sibuk nak terhegeh-hegeh layan aku.

Bukan nak kata sekarang aku dah cantik or whatever, tapi aku mengaku aku tak sama macam dulu. Memang semua orang berubah, tapi tak Nampak ke macam mana friendlynya aku dulu?

Bila aku tak tegur diorang, kata aku sombong lah. Apa lah. Puihhh! Otak kau! Dulu aku tegur korang, buat bodoh je. 

Serious! Nak berkawan pun tengok rupa kan? Cetek permikiran lah!

The End!


Tamatlah kisah ketidakpuasan hati aku terhadap beberapa perkara ni. Actually, there is more than this. Tapi malas la nak cerita. 

Apa-apa pun, nasihat dari aku, kalau tak reti nak jaga percakapan, jaga hati dan perasaan orang lain. Kalau nak berkawan sekadar pandang rupa, lebih baik korang berkawan dengan beruk yang ada kat hutan tu. Sesuai untuk korang sebab perangai korang pun memang macam beruk kan? So tak heranlah, sebab beruk tu memang suka berkawan dengan beruk macam korang.

Kita semua ada perhiasan yang cantik, ada wajah yang cantik. Tak perlu tunggu orang kata kita hodoh, then kita rasa kita hodoh. Tak perlu dengar kata orang yang boleh memutuskan semangat kita. Jadi diri sendiri, bangun dan berjuang untuk diri dan keluarga & untuk masa depan sendiri juga. Kalau orang kata kita tak lawa, cakap pada diorang “Allah mencipta kita semua dengan kecantikan yang asli dan bukan plastic.”

Ujian datang bertimpa-timpa, Cuma kita je yang perlu buat keputusan dan berfikiran positif sama ada nak jalan penyelesaian kearah yang salah atau betul. Kuatkan Iman, sabar dan berdoa. 



Sekian Terima Kasih daripada saya Bella Bellie Bellut Belaahhhh :p