Sunday, 9 November 2014

Daisy

The love that I've been dreaming of, 
is so close to me 
But all I can do is watch you from,
 without words to say
In this city of strangers 
I live day by day painting love
Waiting and hoping that you'll be here with the scent of daisies.

It is too late, but now I finally recognize you 
But maybe we were not meant to be 
I never wanted to lose you 
I'm sorry but I have to leave, 
with you still breathing here.

Everyday, 
at the same time you are always near me
Like I a fool, 
I didn't know while letting you pass by me 
Even if the pain keeps coming, 
I must leave...


For those who lose and love.

Monday, 26 May 2014

Tak tahu tajuk

Hai..
Seminggu ni aku buzy sangat dengan persiapan untuk masuk ke U. Alhamdulillah aku dapat sambung belajar di UITM Kuala Pilah. Masa tengah buat semua persiapan tu, aku tak fikir keadaan sekiling pun. Aku terlalu sibuk. Macam perempuan dengan panggilan Workaholic. Non stop settle all the things.

Then satu malam tu, aku berehat, aku lelapkan mata aku. Masa tu baru aku rasa bertapa penatnya aku. Aku buat semua sendirian. Tapi ada la jugak pertolongan dari ibu bapa aku walaupun dalam sibuk2 diorang buat kerja. Kalau nak ikutkan aku taknak susahkan diorang yang tengah sibuk buat kerja, tapi dalam keadaan aku, aku masih perlukan diorang.

Masa aku lelapkan mata, aku teringat yang lagi beberapa hari aku akan tinggalkan family aku, kawan kawan aku dan diri aku yang pemalas hahahah aku sedih jugaklah nak tinggalkan ibu bapa aku. Aku tak pernah duduk bersendirian lebih dari seminggu. Kalau seminggu tu pernah la jugak. Dalam seminggu tu pun aku call ibu bapa aku beberapa kali hahahah ntah la. Maybe aku rasa takut kot.

Kawan2 aku pulak, terutama sekali Sophiya. Dah dua bulan lebih tak jumpa dia. Rasa sunyi tanpa dia. Yelaa dulu satu kelas, duduk bersebelahan, rehat sama2. Rindu kot kat kau. Aku berterima kasih ada kau sebab kau orang dapat mengubah aku jadi seorang yang periang. Dengan sifat peramah kau tu, aku dapat ramai kawan dan dapat kenal pelbagai jenis kawan yang jahat, baik, setia, dan sebagainya la!
Nadiah pun sama. Dengan sifat kasar dia tu buatkan aku tak lekang tanpa senyuman dan ketawa. Hahahah pada kau aku dapat jadi diri sendiri. Aku tak perlu jadi seorang yang hipokrit.
Dengan Huda, kerap sangat kita bergaduh. Tapi kita berbaik semula. Alhamdulillah. Aku bersyukur dapat kawan macam kau, Huda. Aku mintak maaf kalau sejak akhir2 ni aku kerap menyusahkan kau and selalu mintak tlg kau. Aku berterima kasih sangat pada kau. Pada kau la tempat aku mengadu segala masalah aku. Pada kau la aku menangis bila aku ada masalah. Aku dah anggap kau macam kakak aku dah. Sejuta terima kasih pada kau.
Qila pulak.. Hahaha kau pun kawan terbaik aku yang pernah aku temui. Kau banyak bagi aku semangat untuk terus tidak berputus asa. Nasihat nasihat kau dulu buatkan aku bertambah matang. Alhamdulillah dengan nasihat nasihat kau, aku bangkit semula apabila terjatuh dengan luka yang parah. (Pergh! Ayat~ Hhahaha) Thanks to you
Dengan Alisa hahaha aku tak tahu nak cakap apa. Dalam cuai cuai kau, kau dah banyak tolong aku. Dengan kebijaksanaan kau tu, aku agak cemburu tapi aku selalu nak berdiri setanding dengan kau. Dan dengan kecemburuan aku tu, aku bersemangat nak belajar hahaha
Aisyah E. Hehe kau pun banyak bagi nasihat kat aku bila aku lemah. Dengan kehidupan kau, aku dapat jadikan sebagai contoh bahawa bukan aku sahaja yang dalam kesusahan, dalam kecewaan, malah ramai lagi yang lebih kecewa dan susah daripada aku. Kau dah bukakan mata aku untuk mengerti erti hidup.
Sejujurnya aku amat berterima kasih pada korang!

Kawan2 yang lain, Haikal, Amshar, Adam, Nazwan, Farid, Kamarul, Ammar, Ilyas, Muhammad, Luqman, Fariz and semua la. Thanks pada korang. Dulu aku memang tak berapa nak peramah dengan lelaki, maybe sebab aku jaga batas2 aku or time tu aku agak kecewa dengan lelaki kot. Hahaha dont know la! Bila dengan korang aku banyak diamkan diri sebab aku tak berapa banyak bercakap. And aku jenis yang lebih suka mendengar daripada berkata kata.Thanks to those yang ada serba sedikit sudi dengar aku bercerita dulu (taknak sebut nama) korang the best! apa pun dengan gelagat korang semua la, kelas kita adalah kelas yang paling meriah kat sekolah dulu. Hahahaha

Seriously! AKu rindu sangat korang!

Tak lupa jugak kat Rahman sebab sudi berkawan dengan aku. Hmm dekat setahun dah ek kita kenal? Hahaha aku pun tak ingat dah. Best berkawan dengan kau. Berkawan dengan kau masing2 dapat luahkan masalah masing2. Hahahah dan aku sedar bila aku luahkan masalah aku kat lelaki, aku rasa lebih berbaloi dapat jawapan yang berlainan jantina. Terima kasih pada kau sebab sudi mendengar masalah aku. Dan maaf kalau aku jenis yang jarang contact kau. Ada masanya aku terlalu sibuk, malas, dan bermasalah. Tak semua jugak aku bole cerita kat kau.

At the same time, aku menangis bila teringat kat semua orang. Aku tak tahu kenapa. Aku terasa sunyi sangat. Aku rasa seperti ingin menpunyai seseorang yang boleh buat aku rasa bahagia dan dilamun cinta. Aku menangis sebab ni ke? Aku tak tahu. Aku betul2 tak tahu. Kadang2 aku terdesak ingin mempunyai pasangan yang masing2 mencintai. Tapi kadang2 aku rasa semua tu tak perlu. Tak penting lagi dalam hidup aku. Aku cemburu tengok orang sekeliling aku yang dah sudah ada pasangan. Tapi aku bertahan. Aku tak perlukan pasangan sebelum aku berjaya.

Aku takut untuk mempunyai pasangan. Aku takut aku dikecewakan lagi. Cukuplah sekali aku buat keputusan yang salah, aku taknak pisang berbuah dua kali. Kadang2 kan aku selalu terfikir, kenapa perlu couple? Kenapa perlu ada pasangan yang berpegangan tangan sedangkan mereka sendiri tahu yang mereka tiada ikatan yang sah.

Aku keliru dengan hati dan perasaan aku. Aku kecewa dengan diri aku sendiri. Okay, ni pengakuan aku. Aku pernah meluahkan perasaan aku pada seseorang. Aku simpan perasaan tu dekat 3 tahun dan setelah aku luahkan perasaan, ternyata aku tak sepenuh hati mencintai dia. Aku tak rasa apa2. Aku fikir selepas aku luahkan perasaan aku tu, aku tahu perasaan sebanar aku, samaada ianya cinta. Tapi sebenarnya tidak. Rupanya aku hanya kagum dan meminati dia sahaja. Hampir 3bulan aku cuba tuk beritahu dia yang rupanya aku tak cinta kan dia. Aku hanya kagum padanya. Tapi ego aku menguasai diri aku. Aku betul2 minta maaf padanya. Kadang2 aku rasa seperti aku permainkan hati dan fikiran dia. Kalau kau baca ni, aku harap kau faham. Aku betul2 minta maaf. Aku terlalu terdesak untuk luahkan perasaan pada kau supaya aku berhenti fikirkan perasaan aku ni. Aku cuba untuk tegur kau seperti dulu, dan bagi tahu perkara sebenar, tapi aku takut kau fikir aku perempuan yang terdesak untuk dapatkan perhatian kau.

Then aku bagaikan baru tersedar yang aku bakal memulakan hidup baru lagi. Aku akan menjejakkan kaki aku di Universiti dan bukan sekolah lagi. Dan aku bakal menjadi pelajar Universiti. Perasaan teruja, sedih, kecewa semua bercampur baur. Yang pasti aku masuk U bukan mencari cinta. Aku mencari ilmu. Aku nak berjaya dalam hidup. Jika cinta datang apa perlu aku buat? Aku akan kecewakan cinta yang datang. Dan pergi mendapatkan ilmu dan teruskan azam aku untuk mencapai cita cita aku. Sesungguhnya aku tak mahu sesat ataupun terpesong ke jalan yang salah.

Please support me! May Allah ease everything. InsyaAllah :')

Monday, 5 May 2014

For the late...

Pergilah sayangku dengan aman, bersemadi di sisi Allah.

Maafkan diri in untuk tidak lagi mampu mempertahankan cinta yang pernah ada.

Seandainya ada izin-Nya, akan kutemui dirimu nanti disana.

Pun aku tidak mampu berjanji untuk itu...

Biarlah Yang Maha Mengetahui menentukannya.

Cumaku pinta, andai benar kasihmu untukku ada.. bantulah aku untuk melupakanmu dan doakanlah kebahagiaanku.

Al-fatihah.

Wednesday, 5 March 2014

2013 vs 2014



Asslamualikummmmmmm............

Amboi! Panjang la pulak hehehe
Akhirnya! Hari yang ditunggu tunggu datang jua hehehe. Kalau korang perasan aku dah lama gila tak update blog. 
Rindu aku tak? hehehe
Actually, aku berhenti update blog masa tahun lepas
Hehehe
Aku dah lama nak update tapi banyak sangat masalah.
Antaranya :

1.Aku sibuik dengan study, jap jap ada kelas tambahan, jap jap ada kerja kena buat haihh sibuk mengalahkan orang yang tengah bekerja la!
2.2013 tahun SPM so faham faham je la kan
3.Niat tu memang ada je, tapi asal nak bukak laptop aku lupa yang laptop aku problem. So aku pun dengan kecewanya tutup balik laptop 

Banyak sangat aku nak cerita, kiranya blog ni dah kira diari aku la. Aku tak suka menulis sebab malas.
Dah nama pun zaman moden buat apa guna pensel lagi hehehe
Masa sebelum SPM, aku boleh dikatakn buzy, nak on twitter pun jarang tapi bila semasa SPM ada pulak masa aku nak bukak twitter. 
Haihh time tu aku menyesal sangat!

Habis SPM aku bukan main lagi suka. Last day SPM, subjek kitaorg la yang second last tapi masa exam hanya kelas kitaorg je. hahaha
Oleh disebabkan kitaorang ambil exam kat dewan, senang nak dapat tahu siapa keluar dulu.
aku kira paling awal siap 2 jam, padahal paper ICT 3jam. So aku dah siap duduk je la dulu. sempat lagi aku melayang ntah ke mana hihihi
Then lepas 30minit aku tak tahn duduk dalam dewan, bosannya lagi, aku dengan Qiela yang duduk bersebelahan sempat melirik mata suruh bangun dulu, keluar. Hahahah 
Last2 aku pun bangun sebab dari tadi asyik tersengih dengan si Qiela. Ntah bila nak bangun. Aku ingat aku sorang je, rupanya bila aku start bangun ramai yang bangun hahaha lawak gila!
(Bagi aku lawak la xp)

Lepas ramai ramai keluar kitaorang pun menghembuskan nafas "Haaaa!" hahaha sakai!
Sementara tunggu yang lain keluar kitaorang apa lagi, ambil marker conteng baju! Yay!
hahah aku nak tapi... hmm tahu tahu je la bila lelaki conteng belakang baju perempuan. 
Tak pasal pasal terkena bra opss! hahaha




Chow comel wt Ammmmmaaak! Hahaha kidding. His real name is Ammar.

Kek batik ni cikgu bagi sbb tak ramai yg dtg last tuition, tak dapat cari pisau, guna pisau lipat pun boleee~ hahaha

Wt girlfriends~ Muka pucat sbb mengantuk hahaha

 STudent yg rajin hahaha

Them~
 Gambar atas ni a week or a day before exam. (Im kind of lost memory =.=)
Yg bawah ni beberapa jam lagi sebelum exam hehehe

Muka amirul hahahahaha sorrrryyyy! 

Study~ Jong kook malaysia pening~ hahaha aku lupa nama dia! asyik sgt panggil jong kook hahaha

Girls~ kat surau hehehe

pretty girls~


Ummmmmmmm~ hahah

sory guys! aku tak pandai ambil gambar -.-

Smileeeeeeee~

Love

Hehehe

Time to conteng~~

When it comes to my turn hahaha

Semua muka sakai hahaha

Sibuk~

Signature babe!

Sibuk sgt dah! hahaha

Lepas yang lain keluar kitaorang sambung lagi conteng. 
Conteng conteng conteng conteng conteng conteng lol
Cikgu kelas ICT kitaorang ajak belanja roti canai. Aku tak ingat dah nama cikgu.
Ya Allah, teruknya aku! xx
Kitaorg pun apa lagi, makan la!

Wee~~~~


Jejaka

Jejokok

Ppeace

Sory amsyar hahaha

biggest roti hahaha muka aku kelaparan dah hahaha

Tak tahu nak pandang mana haha

Smile

Hahaha

Weee~

Kesian jong kook hahaha

Pandang sini la! hahaha

Hahaha sory huda!

Lepas makan kitaorang pergi satu tempat untuk ambil gambar.












































































 Ya Allah, rindu sungguh aku dengan mereka!
Hmm lepas ni tak tahu dapat jumpa lagi ke tak. Haihhhh 
Rindu korang la!!!!
Hahaha
Kenangan bersama mereka tak mungkin dapat aku lupakan. Lagi2 dgn si dia~ Cewahh

(Actually Im not obsesses with him, not my crush or not my bf but deep in my heart I love him since first time I met him. People keep saying that he is 'bad'. They all wrong! Im not protecting him because I loved him, It is because I knew who he is really are. But since I loved him, my heart slowly getting hurt. It doesn't matter anyway.Well, he doesn't know I loved him. That's why I called this as a Secret Love and 'Cinta Terhalang'.) 

Nak cerita pasal cinta sekarang malas la! Tak syok. Hehehe
So after toke many kind of pictures we all semua pun pulang lah~
Tak kan nak lepak lagi kottttt
Kitaorang kalau dah lepak sampai maghrib pun taknak balik lagi hahahaha
Oleh disebabkan Huda tak dapat tumpangkan aku, aku naik dengan Luqman.
Naik kereta k! 
Aku sorang je perempuan dalam kereta tu hahaha 
Aku, Luqman, Chow, Amar, and Ilyas dalam kereta.

Selepas luqman dah hantar yang lain balik, hanya aku berdua je dengan Luqman hehehehe
Yela, since rumah aku dengan luqman dekat, kitaorang balik la sama2.
Bersembang dengan luqman dah macam sembang korporat.
Serius gila! Dah la luqman antara lelaki yg paling tinggi dalam kelas and boleh dikatakan bakal mendapat tempat sebagai ketua pengawas. (Bakal je, tapi tak dapat pun hahaha)
Hmm cerita pasal luqman dia bolehh laaaa tahan :p hahaha

Oh ye! Sebelum kitaorang ambil SPM, bulan 10 kitaorang ada buat jamuan kelas yang terakhir.
It was the best, sweet, awesome moment I've ever had!
Berkumpul satu kelas bukan main susah lagi.
Alhamdulillah masa tu dapat juga berkumpul :)
Kitaorang buat dengan kelam kabut sikit, and nak berkumpul pun susah.
Last last, kitaorang cadang BBQ kat rumah Ilyas je.
Everything Nazwan yang handle. Kitaorang cuma bagi dia duit je.
Since semua barang Ilyas ada and Nazwan boleh beli barang senang kerja.
Lelaki yang lain bukan tak boleh harap, cuma diorang sibuk dengan benda lain.
Yang bakar membakar panggang memanggang memang kerja favorite aku, tapi dah semua lelaki yang buat, tak jadi la aku nak buat xp
Masa BBQ banyak sangat gambar kitaorang ambil, rindu gila dengan diorang bila cerita semula!!

Jejaka jejaka sedang sibuk

Sempat  lagi  kitaorang sebenarnya nak study addmath hahaha

Cikgu2 kesayangan pun kitaorang jemput. Haa! Cikgu yang depan sekali la yang ajar addmath, datang nak check kitaorang study ke tak hahahah

Sibuk ambil gambar hehehe

Jejaka yang sibuk dan wanita yang menyibuk hahaha

Amsyar sakai buat aksi menonggeng hahaha

Nyum nyum! Hhaihh terliur aku hehe

Sedapnyaa! Lapar aku tengok!

Peacee!

Hahaha

Cheeesssseeee!

We all!

Hahaha kipas pun ada xD

Us!

Okay back to December 2013
Habis saja SPM, aku rasa lega gila!
Malam habis SPM aku mula mengemas buku2 aku. 
Hahahaha 
Aku dah tak larat tengok buku bersepah atas meja disebabkan study. Cewahhh hehehe

Buku2 tu aku banyak yang buang, tapi banyak yang simpan.
eh?
Okay bla bla bla bla bla
Cuti sekolah berlalu dan berlalu...
Aku ngan family tak dapat pergi bercuti oleh disebabkan mama and abah sibuk dengan hal masing masing.
Kalau nak ikutkan setiap cuti bulan 12 kitaorang akan merantau hehehe
Aku yang kebosanan duduk kat rumah adalah 4 kali keluar hang out dengan member.

On 27Dec till 29Dec me, Qiela, Dida, Syai, Sophie, Amsyar, Chow, Farid, Ajam, Danial, and Ainol pergi CAMPING!!!! WUHOOO!!
Hehehe well camping is my favorite activity. 
Lama gila aku tak pergi camping hehehe
Kitaorang camping kat tepi pantai, at Port Dickson.
Mula pergi naik tren then pakcik Amsyar ambil kitaorang kat stesen keretaapi.
Tapi sebelum tu kitaorang singgah kat rumah nenek Amsyar. Ayah amsyar suruh kitaorang rehat kejap.
Rehat punya rehat, solat punya solat, gathering sudah, lelaki bertolak dulu ke pantai, permpuan duduk di rumah dulu, maghrib pun menjelma.
Selepas solat maghrib ibu amsyar ajak kitaorang pergi beli barang. 
Beli beli beli beli beli, kitaorang balik, then terus bertolak ke camp.

Yang lain semua satu kelas, cuma Syai(kawan kenal kat Perfection), Ajam(sepupu Amsyar) and Danial(sepupu Amsyar,korang mesti kenal Danial Al Arash)
Aku nak cerita sikit pasal Danial ni, dah lama la jugak kenal dengan dia, tapi taklah rapat
tapi kalau berkawan dengan dia mata korang akan tertumpu pada kulit muka dia.
Ya Allah! Bersih gila! Wah(Nenek Amsyar, Ajam and Danial) ada cerita kat kitaorang yang family Danial memang jaga permakanan dia.
Aku macam....................kalah perempuan. Hahahaha
Tapi Danial memang baik, tak sombong.
Jangan ingat artis macam danial sombong. hahaha

Lupa nak cakap, patutnya Huda kawan yang disayangi sangat2 tak dapat ikut!
Aku bengang gila! Dulu masa rancang "boleh boleh aku boleh pergi"
last last "tak boleh tak boleh aku tak boleh pergi"
aku rasa macam "aku dush dush dush jugak muka minah ni"
That's why korang kalau perasan hanya 4 orang je perempuan dalam kumpulan ni.

Sepanjang camping aku dapat kenal ahli keluarga Amsyar.
Ayah amsyar lah yang jadi ketua tuk handle camping ni.
kitaorang panggil dia Uncle.
Uncle memang baik, pengajar silat and boleh dikatakan Ustaz jugak lah
Tapi kalau korang naik kereta dengan Uncle, agak2 yang ada sakit jantung tu memang dah mati kot.
Hahahaha
Setiap malam uncle akan cerita kat kitaorang pasal hantu la apa la
hahaha actual dia ceramah sikit sikit la tapi termasuk pulak cerita hantu hahaha
then ada jugak uncle ajarkan kitaorang silat
Masa uncle ajar memang kesian Amsyar banyak kena belasah. hahaha
Hari pun berlalu, malam terakhir kitaorang camping kitaorang buat BBQ.
Aku lak dapat la sikit sikit masak(aku tak suka memasak sebenarnya hehehe)
Tapi aku banyak menyuluh hahahah sebab tempat gelap.

Sepanjang 3hari campaing tak lah bosan sangat. Kitaorang banyak jalan2 tepi pantai and mandi kat pantai hahaha
aku tak suka mandi pantai, tapi tengok macam seronok aku pun nak lah join hehehe
2malam kitaorang asyik tido lambat je
Kadang2 tu tido dekat pukul 4 pagi
Beul la kan, bila lagi nak bersembang dengan member sampai lewat malam.
:)

29Dec kitaorang dah siap nak balik.
Masa nak balik ke rumah nenek amsyar, kitaorang naik dengan uncle. 
Haaaa separuh mati kitaorang hahahaha
tapi aku suka kelajuan ahahaha
mula bila nak buat pusingan L uncle terlebih kelajuan and terlanggar penghadang jalan
then masa kat tol pulak 1kereta kat depan belah kiri, 1 kereta kat belankang belah kanan uncle menyelit dengan lajunya last sekali sampai rumah nenek, akibat laju sangat terlanggar kereta mak kat depan. 
hahahaha aduyai ~~~

Sampai rumah nenek amsyar kitaorang rehat jap tengok movie.
Lelaki kena balik naik tren tapi kitaorang boleh balik naik kereta.
tapi kali ni mak amsyar yang bawak.
Dalam hati kitaorang 'Fuhhh Nasib baik~' Hahahaha
Aku dalam kereta cakap denga autie "Autie tak bawak kereta macam Uncle kan?"
Yang lain semua gelak hahahah teringat balik Uncle bawak kereta hahaha
Then kitaorang lalu kat selekoh S ni, lagi sekali aku cakap 
"Fuhh nasib baik autie yang bawak, kalau uncle yang bawak tak tahu apa jadi kat kitaorang ni."
Kitaoarang pun gelak lagi hahahaha
Sumpah! Bila ingat balik memang lawak!
Sepanjang perjalanan kitaorang menyanyi la ambil gambar lah.
Trust me, kami masih ada sifat keanak anakkan hehehe


Only girls yg sampai dulu kat tren. Menunggu Amsyar dengan cousin sampai 10 tren terlepas -.-










Satu je gambar yg ambil masa dalam tren haha

 Ni masa malam, lelaki dah bertolak, yg perempuan kena tlg beli barang, sambil tu snap! hehehe




 Ni keesokan paginya~




























































 







Start gambar bawah ni semua berterabur hehehe




































































Fin!

That's all for cerita cerita lepas.
Alhamdulillah masuk juga Tahun Baru.
Selamat Tahun Baru 2014!!!
Sebenarnya aku tak rasa apa2 pun bila dah masuk tahun 2014.
Hmmm maybe sebab dulu aku sekolah lagi hehehe

Masuk tahun baru, aku pun mula la bekerja. 
Alhamdulillah aku dapat kerja kat tempat yang sebenarnya aku tak nak punn hehehe
Kedai JJ Florist & Bakery.
Aku kerja dengan kedai bunga. 
Sebenarnya aku tak minat bunga. Aku tak reti pun pasal bunga.
Tapi alhamdulillah dah sebulan bekerja aku dapat jadi budak bunga lol hahaha
Ilat Juhari is my boss for Florist, Mr Ramesh is my boss to for Bakery, Kak Noor is maid for the big boss, Mr Chanti is the big boss of JJ Florist & Bakery.
Mr Ramesh and Mr Chanti orang kaya raya tapi sumpah! Baik gila!
Abang Ilat biasa je tapi dia ada ramai kawan yang kaya sebab dulu dia pernah buat interior di Novel.
Kak Noor orang IndonJawa. Kak noor is a maid. Baik sangat plus rajin gila hahaha
Tapi tak semestinya kerja aku gubah bunga je, aku dapat belajar buat roti. 
Yayyy! Yang tu aku minat la.
Aku pulak dah pandai buat roti.
Kalau korang datang kedai aku, roti yang korang beli tu lah roti yang aku buat.
Sedap tau! Hehehe
Well aku dah dapat gelaran Bakers hehehe
Alhamdulillah :)

Anyway, aku nak promote kedai aku ni.
Sesiapa nak Fresh Flower Bouquet or Artifial flower or Sirih Junjung or Hantaran you can come to my stall.
We also do delivery. Cost of delivery RM10-RM30.
In our Bakery we have sweet bun which is called, Twist Cheese, Butter Sugar, Custard Puff and more.
These 3 buns is customer's favorite.

That's all for today. 
Terlalu panjang pulak cerita aku ni hahaha

Jangan sedih kerna habis cerita, gembiralah kerna sudah habis membaca update yang terlalu panjang berjela ni hehehe
(Sebenarnya aku dah lama tulis ni tapi aku simpan dalam draft dulu dulu dulu dulu. Cuma tak masukkan gambar je lagi.One more thing, im quit from JJ Floist & Bakery, well nak cari pengalaman baru la katakn~ . Kalau korang datang kedai bukan aku dah buat roti hehehe. So sekarang baru aku updatte hehhe)

P/s: To my beloved best friends, jika ada cinta, musuh, pergaduhan, balas dendam, tikam belakang, tikam depan, niat tak baik atau benci antara kita, janganlah putuskan persahabtan yg erat ini. Orang kata senang nak cari kawan, tapi susah nak cari kawan yg ikhlas. Aku tak kesah kalau korang tak ikhlas kawan dengan aku, tapi aku takut kehilangan kawan. Aku sayangkan korang. Aku belajar erti hidup dari korang. Jika kita jumpa lagi pada masa akan datang, jangan lupakan aku tau! Peace yaww! <3

Assalamualaikum W.b.t.
;)