Monday, 26 May 2014

Tak tahu tajuk

Hai..
Seminggu ni aku buzy sangat dengan persiapan untuk masuk ke U. Alhamdulillah aku dapat sambung belajar di UITM Kuala Pilah. Masa tengah buat semua persiapan tu, aku tak fikir keadaan sekiling pun. Aku terlalu sibuk. Macam perempuan dengan panggilan Workaholic. Non stop settle all the things.

Then satu malam tu, aku berehat, aku lelapkan mata aku. Masa tu baru aku rasa bertapa penatnya aku. Aku buat semua sendirian. Tapi ada la jugak pertolongan dari ibu bapa aku walaupun dalam sibuk2 diorang buat kerja. Kalau nak ikutkan aku taknak susahkan diorang yang tengah sibuk buat kerja, tapi dalam keadaan aku, aku masih perlukan diorang.

Masa aku lelapkan mata, aku teringat yang lagi beberapa hari aku akan tinggalkan family aku, kawan kawan aku dan diri aku yang pemalas hahahah aku sedih jugaklah nak tinggalkan ibu bapa aku. Aku tak pernah duduk bersendirian lebih dari seminggu. Kalau seminggu tu pernah la jugak. Dalam seminggu tu pun aku call ibu bapa aku beberapa kali hahahah ntah la. Maybe aku rasa takut kot.

Kawan2 aku pulak, terutama sekali Sophiya. Dah dua bulan lebih tak jumpa dia. Rasa sunyi tanpa dia. Yelaa dulu satu kelas, duduk bersebelahan, rehat sama2. Rindu kot kat kau. Aku berterima kasih ada kau sebab kau orang dapat mengubah aku jadi seorang yang periang. Dengan sifat peramah kau tu, aku dapat ramai kawan dan dapat kenal pelbagai jenis kawan yang jahat, baik, setia, dan sebagainya la!
Nadiah pun sama. Dengan sifat kasar dia tu buatkan aku tak lekang tanpa senyuman dan ketawa. Hahahah pada kau aku dapat jadi diri sendiri. Aku tak perlu jadi seorang yang hipokrit.
Dengan Huda, kerap sangat kita bergaduh. Tapi kita berbaik semula. Alhamdulillah. Aku bersyukur dapat kawan macam kau, Huda. Aku mintak maaf kalau sejak akhir2 ni aku kerap menyusahkan kau and selalu mintak tlg kau. Aku berterima kasih sangat pada kau. Pada kau la tempat aku mengadu segala masalah aku. Pada kau la aku menangis bila aku ada masalah. Aku dah anggap kau macam kakak aku dah. Sejuta terima kasih pada kau.
Qila pulak.. Hahaha kau pun kawan terbaik aku yang pernah aku temui. Kau banyak bagi aku semangat untuk terus tidak berputus asa. Nasihat nasihat kau dulu buatkan aku bertambah matang. Alhamdulillah dengan nasihat nasihat kau, aku bangkit semula apabila terjatuh dengan luka yang parah. (Pergh! Ayat~ Hhahaha) Thanks to you
Dengan Alisa hahaha aku tak tahu nak cakap apa. Dalam cuai cuai kau, kau dah banyak tolong aku. Dengan kebijaksanaan kau tu, aku agak cemburu tapi aku selalu nak berdiri setanding dengan kau. Dan dengan kecemburuan aku tu, aku bersemangat nak belajar hahaha
Aisyah E. Hehe kau pun banyak bagi nasihat kat aku bila aku lemah. Dengan kehidupan kau, aku dapat jadikan sebagai contoh bahawa bukan aku sahaja yang dalam kesusahan, dalam kecewaan, malah ramai lagi yang lebih kecewa dan susah daripada aku. Kau dah bukakan mata aku untuk mengerti erti hidup.
Sejujurnya aku amat berterima kasih pada korang!

Kawan2 yang lain, Haikal, Amshar, Adam, Nazwan, Farid, Kamarul, Ammar, Ilyas, Muhammad, Luqman, Fariz and semua la. Thanks pada korang. Dulu aku memang tak berapa nak peramah dengan lelaki, maybe sebab aku jaga batas2 aku or time tu aku agak kecewa dengan lelaki kot. Hahaha dont know la! Bila dengan korang aku banyak diamkan diri sebab aku tak berapa banyak bercakap. And aku jenis yang lebih suka mendengar daripada berkata kata.Thanks to those yang ada serba sedikit sudi dengar aku bercerita dulu (taknak sebut nama) korang the best! apa pun dengan gelagat korang semua la, kelas kita adalah kelas yang paling meriah kat sekolah dulu. Hahahaha

Seriously! AKu rindu sangat korang!

Tak lupa jugak kat Rahman sebab sudi berkawan dengan aku. Hmm dekat setahun dah ek kita kenal? Hahaha aku pun tak ingat dah. Best berkawan dengan kau. Berkawan dengan kau masing2 dapat luahkan masalah masing2. Hahahah dan aku sedar bila aku luahkan masalah aku kat lelaki, aku rasa lebih berbaloi dapat jawapan yang berlainan jantina. Terima kasih pada kau sebab sudi mendengar masalah aku. Dan maaf kalau aku jenis yang jarang contact kau. Ada masanya aku terlalu sibuk, malas, dan bermasalah. Tak semua jugak aku bole cerita kat kau.

At the same time, aku menangis bila teringat kat semua orang. Aku tak tahu kenapa. Aku terasa sunyi sangat. Aku rasa seperti ingin menpunyai seseorang yang boleh buat aku rasa bahagia dan dilamun cinta. Aku menangis sebab ni ke? Aku tak tahu. Aku betul2 tak tahu. Kadang2 aku terdesak ingin mempunyai pasangan yang masing2 mencintai. Tapi kadang2 aku rasa semua tu tak perlu. Tak penting lagi dalam hidup aku. Aku cemburu tengok orang sekeliling aku yang dah sudah ada pasangan. Tapi aku bertahan. Aku tak perlukan pasangan sebelum aku berjaya.

Aku takut untuk mempunyai pasangan. Aku takut aku dikecewakan lagi. Cukuplah sekali aku buat keputusan yang salah, aku taknak pisang berbuah dua kali. Kadang2 kan aku selalu terfikir, kenapa perlu couple? Kenapa perlu ada pasangan yang berpegangan tangan sedangkan mereka sendiri tahu yang mereka tiada ikatan yang sah.

Aku keliru dengan hati dan perasaan aku. Aku kecewa dengan diri aku sendiri. Okay, ni pengakuan aku. Aku pernah meluahkan perasaan aku pada seseorang. Aku simpan perasaan tu dekat 3 tahun dan setelah aku luahkan perasaan, ternyata aku tak sepenuh hati mencintai dia. Aku tak rasa apa2. Aku fikir selepas aku luahkan perasaan aku tu, aku tahu perasaan sebanar aku, samaada ianya cinta. Tapi sebenarnya tidak. Rupanya aku hanya kagum dan meminati dia sahaja. Hampir 3bulan aku cuba tuk beritahu dia yang rupanya aku tak cinta kan dia. Aku hanya kagum padanya. Tapi ego aku menguasai diri aku. Aku betul2 minta maaf padanya. Kadang2 aku rasa seperti aku permainkan hati dan fikiran dia. Kalau kau baca ni, aku harap kau faham. Aku betul2 minta maaf. Aku terlalu terdesak untuk luahkan perasaan pada kau supaya aku berhenti fikirkan perasaan aku ni. Aku cuba untuk tegur kau seperti dulu, dan bagi tahu perkara sebenar, tapi aku takut kau fikir aku perempuan yang terdesak untuk dapatkan perhatian kau.

Then aku bagaikan baru tersedar yang aku bakal memulakan hidup baru lagi. Aku akan menjejakkan kaki aku di Universiti dan bukan sekolah lagi. Dan aku bakal menjadi pelajar Universiti. Perasaan teruja, sedih, kecewa semua bercampur baur. Yang pasti aku masuk U bukan mencari cinta. Aku mencari ilmu. Aku nak berjaya dalam hidup. Jika cinta datang apa perlu aku buat? Aku akan kecewakan cinta yang datang. Dan pergi mendapatkan ilmu dan teruskan azam aku untuk mencapai cita cita aku. Sesungguhnya aku tak mahu sesat ataupun terpesong ke jalan yang salah.

Please support me! May Allah ease everything. InsyaAllah :')

No comments:

Post a Comment