Friday, 21 December 2012

I wish ! :D


Assalamualaikum. Tajuk I hari ni ialah ‘I Wish’. Maksudnya impian I pada suatu hari nanti. In Syaa Allah. Impian2 I ni harap2 dapat dicapai selepas I berjaya bekerja sebagai seorang Juruterbang heheh. Well tak banyak pun impian I. Sikit je. Antaranya:

1. Selepas gaji I sudah cukup, I nak beli SuperBike. Wuuu heheh tak kisahlah Ducati or Kawasaki. Asalkan mengikut citarasa I sendiri :D

2. I nak bawa Ibu Bapa I and I ke Makkah. Menunaikan Umrah dan Haji. In Syaa Allah :)

3. I nak beli rumah sendiri ataupun capai impian my Mom yang nak buat rumah 2 tingkat kat rumah yang I duduk sekarang ni.

4. I nak bawa family or only my parent to vacation. Somewhere they want to :)

5. Kalau ada masa,I nak beli kuda sendiri heheh. So that,after work,I can go riding. Wahh teringin sangat2.

6. Kalaulah I ada rezeki, I nak derma sedikit dekat rumah2 kebajikan. Seperti rumah anak yatim or rumah orang2 tua or apa2lah.

7. Bagi duit tiap2 bulan pada parent I. Benda tu wajib and mesti I lakukan.

8. I nak pergi mendaki bukit atau gunung. Mana2 bukit or gunung. Asalkan dapat mendaki heheh

9. I nak puaskan hati dengan main aktiviti lasak. Then I nak melancong ke luar Negara sorang2 or dngan sorang kawan I.

10. Akhir sekali, I nak jumpa seorang lelaki yang dapat membimbing I ke jalan Allah, seorang lelaki yang berkepimpinan, baik hati, romantic, badan tinggi dan tough dan senang bertolak ansur.

Itulah 10 antara impian I yang I nak sangat2. I harap and berdoa banyak2 agar cita2 I tercapai. And kalau cita2 I tercapai, maka tercapailah impian I. In Syaa Allah :) Kalau cita2 I tak tercapai, I hanya mampu redha. Mungkin impian I ni perlukan banyak duit,ada jugak tidak. Apa2 pun I hanya beserah kepada-Nya. Amin~~
Btw guys. Doa2kanlah supaya cita2 I tercapai k. I tak mintak nak beli I Phone or beli barang2 berjenama bila I dah berjaya nanti. I cuma harap cita2 and Impian I tercapai.
Wish me Luck guys ;)

Monday, 10 December 2012

Pengalaman Ku :)




Assalamualaikum,hari ini I akan menceritakan tentang pengalaman ku sebelum,semasa dan selepas berhijab. Semuanya bermula semasa bulan 8. I ada dengki sikit dekat seorang perempuan ni. Dia cantik,cute,putih bawah umur I. Ramai boys suka dia. I bukan dengki pasal tu. I dengki dia Nampak comel hehe. Mulanya dia tak pakai tudung,tak lama lepas tu dia dapat hidayah kot,terus pakai tudung. Bila pakai tudung lagi la tambah comel kan? So,I mula terfikir “nak jadi macam dia jugak lah”. So I cubalah pakai tudung. Tapi tu semua sementara. Start semasa 2 hari sebelum raya,jenguk Atuk yang tengah uzur,so pakai la,tapi masa tu ikhlas,tanpa ibu bapa suruh and tanpa tahu tujuan hendak kemana.

Tapi esoknya bukak balik. Tak pakai dah. Then raya ke 3 I start balik. Mula2 macam nak tak nak je,tapi lepas tu pakai jugak sebab parents suruh. Dan seterusnya begitulah. Bukak pakai bukak pakai. Pada 6/10/2012 macam tu,first time I keluar hang dengan kawan2 I pakai tudung. Masa tu I ikhlas lagi pakai. Tapi tak kekal lagi.

Tak lama selepas tu I mula terbaca macam2 yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Macam2 pasal nasihat diri. I mula terfikir,”sampai bila aku nak terus tak bertudung?” “Mama and Abah dah penat nasihatkan aku,berubahlah,Rina.” “Kau tak takut dekat Allah ke? Kau banyak sangat dosa.Kau berdoa macam mana pun,Allah makbulkan ke?” “Lupakan pasal perempuan tu. Memang betul dia dah rampas ‘dia’ dari kau,tapi ingat balik,siapa yang buat keputusan untuk lepaskan kau?” “Rina,hidup ni hanya seketika. Hari Kiamat bila2 boleh berlaku.” “Kalau kau takat nak bukak pakai lebih baik tak pakai terus.” “Memang betul mama cakap,kalau kau pakai tudung nampak sikit ayunya and cantik je(opss perasan sekejap :D)” “Tengok!Kawan2 kau yang bertudung pun jeles tengok kau cantik pakai tudung”
Banyak sangat persoalan sehinggalah I buat keputusan untuk bertudung terus. Tak ingat bila I start terus pakai. Yang I ingat pada bulan ni jugak la. Tapi bila fikir balik,”kalau bertudung sahaja,tanpa ibadah tak guna jugak” So sejak dari tu I mula pakai tudung and tak lepas2 mengucap syukur kepada Allah kerana telah member I Hidayah. Malah memberi I peluang untuk terus meneruskan kehidupan dengan berhijab. Syukur Alhamdulillah :)

About that girl, I masih stalk dia. Tapi stalk cara pemakaian tudungnya. Untuk belajar cara memakai shawl terbaru ini. Sejak I berhijab,istilah panas tak pernah terlintas,malah I rasa sejuk je. 

Kalau nak ikutkan,tak salah bukan untuk jeles tengok seseorang yang cantik berhijab malah membuatkan seseorang itu untuk berhijab sekali. Bila sudah sedar diri,terus ikhlas untuk berhijab. Tak perlulah berhijab hanya untuk kelihatan cantik,tapi mestilah ada keiikhlasannya juga.
 
Ni gambar I semasa raya tu. See! Simple je. Selak kanan,selak kiri hahah xD tak tahu nak pakai macam mana lagi dah xp

 
Ni pic semasa raya rumah kawan mama I. Sama jugak,selak kanan,selak kiri. Heheh nasib baik nampak sikit kemas :D

Ni gambar I semasa hang dengan kawan2 I. Nampak slekeh sikit kan? Sebab macam tu je la yang mampu xp
Itu je gambar boleh tunjuk. Cewah hahah. Btw thanks sebab membaca. Ingat! Jangan hanya berhijab kerana ingin memiliki kecantikan,pujian,and sebagainya. Pakailah kerana keihklasan hati untuk diri sendiri,ibu bapa,Allah dan masa depan. 

p/s:Jangan bertudung saja,solat jangan tinggal and akhlak tu biarlah elok sikit ye ;) 

Sunday, 9 December 2012

Disember.

Assalamualaikum. Bulan 12 ialah bulan yang perlu kita isi dengan sebaiknya. Seperti bercuti, merehatkan minda, mencari duit :p , keluar bersama-sama rakan and macam2 lagi. And of course I dah pergi bercuti dengan family I. Bukanlah luar negara,tapi hanya Semenanjung Malaysia sahaja. Kalau negara sendiri tak melancong,ada hati nak keluar negara,memang tak syok la kan :D Well, I dan family I dah round Semenanjung Malaysia. Mula2 pergi Kuantan,Terengganu,Kelantan,Kedah,Ipoh and Pulau Pinang. Best sangat2. Kat tempat lain macam Johor,Langkawi and macam2 lagi tu semua dah pergi sebelum ni.
So kami start bercuti pada bulan 11. Seminggu untuk 6 tempat. ^-^ best tau. Macam2 hotel kami duduk. Dari mahal ke murah. Oh Ye. Kakak2 I yang dua oarng tu tak dapat pergi. Sebab kerja. Kesian :p So yang pergi Adik lelaki I,kakak I,mama,abah and I. 5 orang je.


Okay,first pic at Masjid Crystal Kuala Terengganu. Masuk je kawasan masjid ni bulu roma I tegang tahu. Don't know why. Bila datang dekat dengan Masjid ni,rasa berdebar pun ada. Cantik sangat seni binanya :)
Second pic at Taman Banjaran Titiwangsa,Ipoh. Kat atas ni agak panas sikit sebab cahaya matahari terik gila. Tapi disebabkan pemandangan and angin sejuk tu hilang terus rasa panas. Masya Allah. Cantik sangat pemandangan bila tengok dari atas ni :')

(Edit semula pada 17/7/2013 coz masa ni tak pakai tudung lagi :D)
Third pic at Bukit Bendera,Pulau Pinang. Kat atas ni pun best. Pemandangan cantik. Tapi panas plus tak berapa sejuk. Kawasan luas tau. Kalau nak jalan naik atas memang penat,so kena naik kereta macam kat tempat golf tu. Ada orang bawak kan. Jauh la jugak masuk naik atas. RM10 untuk 1 family :)
Last pic at jalan Love Lane,Pulau Pinang. Ni masa I berjalan2 kaki kat kawasan situ. Tetiba ternampak sign box ni. Hahah kelakar pulak "Love Lane". Agak2 kalau lalu situ lagi jumpala kot jodoh. Cewah hahah

                                                 


See! Ini adik beradik I. Pakai tudung and chubby sikit tu kakak I. Yang lelaki adik I. Dia sorang je lelaki. Kami tengah naik ferry untuk ke Pulau Pinang. Best. Angin kuat gila. Nampak dah kat rambut I and adik I. hahah xD 
(Ada pic naik ferry tapi pic tu susah sikit nak edit, so ni masa kat Bukit Bendera. Orang tu kata benda merah dalam pic ni, benda yang paling lama. Kira benda sejarahlah. Aku tak ingat apa nama benda alah ni -,-)

Habis sudah cerita ku. So sebelum bercuti ke luar negara, terokailah negara Malaysia dahulu. Selamat bercuti and Cuti2 Malaysiaaaa~~~ xD

Tamat.

Assalamualaikum. Tamat sudah penceritaan I dengan dia(Capital I). I sekarang dah okay. Alhamdulillah. I tak terlalu fikirkan lagi pasal dia. Tak menangis lagi pasal dia. Cuma I masih lagi kecewa dengan keputusan dia buang I dalm hidup dia. I betul2 tak faham kenapa dia sanggup buat I macam ni. Sebelum ni I banyak tolong dia,bagi semangat. Tak nampakkah dia usaha dan pertolongan I? Hmm I tak mintak pembalasan atas segala pertolongan I,cuma I mintak untuk hargai sahaja.
Hmm sudahlah. Tak guna I bercerita lagi pasal semua ni. I've got 1 good news. You know what? Penyakit Leukemia I dah hilang. I pun tak ahu macam mana boleh hilang. Tahu2 dari doktor bagi tahu semua ni. Syukur alhamdulillah. Kuasa Allah tak siapa boleh duga kan? :') Memang sedih sangat dengan diri I ni. Walaupun diri terlalu banyak buat dosa,Allah masih memberi ku peluang ke2. Terima Kasih,Ya Allah! Terima Kasih kerana telah memakbulkan doa2 ku..

Ujianku.


Hye! Alhamdulillah. Peperiksaan Akhir Tahun ku sudah habis. Alhamdulillah juga,I dapat menjawab dengan tenang and buat bersungguh-sungguh dari sebelum ni. Semasa menjawab,walaupun I masih terbayangkan dia,I cepat2 lupakan dia. Ada sehari itu,selepas habis menulis,air mata I mengalir. Sebab I ingat balik segala apa yang dah terjadi pada I. Ya Allah! Terasa menyesal pun ada. I pun nak berterima kasih pada kawan2 I. Huda,Qiela,Sophie,Alisa,Nadiah,Shafira,Nazwan and ramai lagi yang sentiasa bagi I semangat untuk teruskan kehidupan dengan sempurna. Dioarang banyak bagi I sokongan. Bagi I ceramah terutama sekali Huda and Qiela. Hahah bila ingat balik macam mana diorang bagi ceramah ada juga kelakarnya. Sophie,walaupun tak berapa,tapi aku terima juga sokongan dia.
You know! Sejak I clash,I jadi sedikit matang untuk memilih mana yang salah and bukan. Kawan2 I pun perasan. Betullah cakap Huda and Qiela. Semua ni dapat mematangkan diri I. Kalaulah I dapat mengulangi masa,I tak akan pilih Capital I. Mahupun Capital W. Cukuplah sebagai kawan kan?

-1/11/2012-

Copy again.

See! Kat atas ni adalah bukti I belajar bersungguh-sungguh. Tengah study Chemistry tak pasal2 ada mamarazzi pulak. Hahah baru perasan selama ni sanggul ku tinggi -__-

Saturday, 8 December 2012

My Story is My Life.

Hye! Now I'm gonna to story everything about my life. It's like my diary :)

I'm New!

Assalamualaikum. Hye guys. Fuhh finally I've made it. Thanks to Shafira cause she teach me how to make this blog. Hahah it's not easily for me,actually. Okay. I'll post everything in here and story share many story to you guys. Hope you enjoy it ;)