Assalamualaikum,hari ini I akan menceritakan
tentang pengalaman ku sebelum,semasa dan selepas berhijab. Semuanya bermula
semasa bulan 8. I ada dengki sikit dekat seorang perempuan ni. Dia
cantik,cute,putih bawah umur I. Ramai boys suka dia. I bukan dengki pasal tu. I
dengki dia Nampak comel hehe. Mulanya dia tak pakai tudung,tak lama lepas tu
dia dapat hidayah kot,terus pakai tudung. Bila pakai tudung lagi la tambah
comel kan? So,I mula terfikir “nak jadi macam dia jugak lah”. So I cubalah
pakai tudung. Tapi tu semua sementara. Start semasa 2 hari sebelum raya,jenguk
Atuk yang tengah uzur,so pakai la,tapi masa tu ikhlas,tanpa ibu bapa suruh and
tanpa tahu tujuan hendak kemana.
Tapi esoknya bukak balik. Tak pakai dah. Then raya ke 3 I start balik. Mula2 macam nak tak nak je,tapi lepas tu pakai jugak sebab parents suruh. Dan seterusnya begitulah. Bukak pakai bukak pakai. Pada 6/10/2012 macam tu,first time I keluar hang dengan kawan2 I pakai tudung. Masa tu I ikhlas lagi pakai. Tapi tak kekal lagi.
Tak lama selepas tu I mula terbaca macam2 yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Macam2 pasal nasihat diri. I mula terfikir,”sampai bila aku nak terus tak bertudung?” “Mama and Abah dah penat nasihatkan aku,berubahlah,Rina.” “Kau tak takut dekat Allah ke? Kau banyak sangat dosa.Kau berdoa macam mana pun,Allah makbulkan ke?” “Lupakan pasal perempuan tu. Memang betul dia dah rampas ‘dia’ dari kau,tapi ingat balik,siapa yang buat keputusan untuk lepaskan kau?” “Rina,hidup ni hanya seketika. Hari Kiamat bila2 boleh berlaku.” “Kalau kau takat nak bukak pakai lebih baik tak pakai terus.” “Memang betul mama cakap,kalau kau pakai tudung nampak sikit ayunya and cantik je(opss perasan sekejap :D)” “Tengok!Kawan2 kau yang bertudung pun jeles tengok kau cantik pakai tudung”
Banyak sangat persoalan sehinggalah I buat keputusan untuk bertudung terus. Tak
ingat bila I start terus pakai. Yang I ingat pada bulan ni jugak la. Tapi bila
fikir balik,”kalau bertudung sahaja,tanpa ibadah tak guna jugak” So sejak dari
tu I mula pakai tudung and tak lepas2 mengucap syukur kepada Allah kerana telah
member I Hidayah. Malah memberi I peluang untuk terus meneruskan kehidupan
dengan berhijab. Syukur Alhamdulillah :)
About that girl, I masih stalk dia. Tapi stalk cara pemakaian tudungnya. Untuk belajar cara memakai shawl terbaru ini. Sejak I berhijab,istilah panas tak pernah terlintas,malah I rasa sejuk je.
Kalau nak ikutkan,tak salah bukan untuk jeles tengok seseorang yang cantik berhijab malah membuatkan seseorang itu untuk berhijab sekali. Bila sudah sedar diri,terus ikhlas untuk berhijab. Tak perlulah berhijab hanya untuk kelihatan cantik,tapi mestilah ada keiikhlasannya juga.
Ni gambar I semasa raya tu. See! Simple je. Selak kanan,selak kiri hahah xD tak tahu nak pakai macam mana lagi dah xp
Ni pic semasa raya rumah kawan mama I. Sama jugak,selak kanan,selak kiri. Heheh nasib baik nampak sikit kemas :D
Ni gambar I semasa hang dengan kawan2 I. Nampak slekeh sikit kan? Sebab macam tu je la yang mampu xp
Itu je gambar boleh tunjuk. Cewah hahah. Btw thanks sebab membaca. Ingat! Jangan hanya berhijab kerana ingin memiliki kecantikan,pujian,and sebagainya. Pakailah kerana keihklasan hati untuk diri sendiri,ibu bapa,Allah dan masa depan.
p/s:Jangan bertudung saja,solat jangan tinggal and akhlak tu biarlah elok sikit ye ;)



No comments:
Post a Comment