Belle ialah seorang gadis yang periang, cantik dan disukai ramai terutama sekali rakan2nya dan juga orang sekeliling. Dia seorang yang amat rajin dan bijak. Tetapi dia mempunyai kelemahan dalam bercinta. Dia bertemu dengan seorang lelaki yang kacak, peramah dan seorang yang hormat pada orang tua. Nama dia Azwen. Ramai perempuan sukakan dia. Belle yang sudah 2tahun berkawan dengan Azwen, dalam diam amat menyukai Azwen. Terlalu mencintai Azwen. Tiada sesiapa mengetahui tentang perasaan Belle terhadap Azwen. Belle berhasrat untuk meluahkan perasaannya terhadap Azwen pada suatu hari nanti.Tetapi tanpa Belle sedar, teman rapat Belle yang bernama Shyra mempunyai hubungan dengan Azwen tanpa pengetahuan sesiapa pun. Shyra memberitahu Belle segalanya memandangkan Belle teman rapat Shyra juga. Dari penceritaan Shyra, hanya Belle mengetahui tentang hubungan mereka. Walaupun hati Belle kecewa, sedih dan terluka, Belle masih tetap tersenyum. Belle amat menyayangi rakannya sendiri iaitu Shyra. Terlalu sayang, sehinggakan Belle terpaksa melepaskan Azwen dari hatinya. Memulakan hidup dengan cuba membenci Azwen. Belle cuba membenci Azwen kerana dia tidak mahu sesiapa tahu akan perasaannya terhadap Azwen. Jika sesiapa bertanya “Kau suka Azwen tak?” Belle akan cakap “Tak. Aku tak suka dia & aku benci dia. Sebab dia Playboy.” Itulah yang dia kata. Walaupun hakikatnya, Azwen bukanlah seorang Playboy dan Belle amat mencintai Azwen. Biar pun Azwen selalu tegur dan bermesra dengan Belle, Belle tak pernah sikit pun menunjukkan dia benci atau tidak selesa bersama Azwen, sebab dia terlalu lemah apabila berhadapan dengan Azwen. (Keliru sikitkan? Like this, apabila dia berhadapan dengan Azwen, Nampak macam dia suka berkawan dengan Azwen. Tapi jika bersama dengan orang lain selain Azwen, dia akan kata benci or tak suka bila bersama Azwen. You know, like fake friends. Tapi sebenranya tidak. Ia hanya lakonan agar tiada sesiapa tahu Belle suka Azwen.) Belle terpaksa menafikan hatinya sendiri. Walaupun sebenarnya, Belle tidak pernah sekali melupakan dan berhenti mencintai Azwen.
The End!
Itulah je short story nya. Memang short gila haha. Anyway, nama dalam cerita ni tak ada kena mengena dalam cerita ni. Tetapi kisah ni adalah kisah benar. So, apa pengajaran yg korang dapat?
Let me tell you guys. Sacrifice. Pengorbanan dalam percintaan. Ermm Belle terpaksa melepaskan Azwen dari hatinya. Dia tidak mahu terus cuba mencintai Azwen kerana dia tahu jika Shyra tahu dia mencintai Azwen, hubungan sahabat antara Shyra dan Belle pasti renggang. Dalam masa yang sama, kemungkinan Shyra akan menberitahu kepada Azwen bahawa Belle mencintai Azwen. Belle terpaksa membiarkan Shyra bahagia bersama Azwen, kerana dia lebih sanggup melihat orang yang dia sayang bahagia daripada diri sendiri.
So, korang pernah tak sekali berkorban demi bestfriends? Berkorban seperti dalam cerita ni? Well..if you love your friends, you would do that. But don’t worry, Allah knows everything. Allah will find someone better for you. :)

No comments:
Post a Comment