Friday, 18 January 2013

Ceritaku...


Waktu rehat telah pun tiba. Rakan2 Qistina mengajak Qistina pergi ke kantin bersama-sama. Qistina yang sedang merehatkan diri dengan menutup mukanya bangun untuk menjawab panggilan rakan2nya. Qistina menjawab “Eh, tak apalah. Aku puasa hari ini. Korang pergilah rehat”. Rakan2 Qistina berasa kehairanan kerana Qistina tidak pernah memaklumkan bahawa Qistina puasa. Salah seorang rakan Qistina bertanya lagi. “Betul ke ni? Asal kau tak bagi tahu aku? Patutlah tak bersemangat je”. Qistina hanya tersenyum. Rakan2 Qistina terus ke kantin meninggalkan Qistina seorang diri di dalam kelas. Setelah Qistina berseorangan di dalam kelas, Qistina bangun dari tempatnya dan dengan lemah berjalan ke belakang kelas. Qistina duduk di suatu tempat yang sedikit tersorok sambil memeluk kakinya. Qistina menangis menahan kesakitan di kepalanya. Terasa amat memeritkan. Bagaikan ingin mati. Qistina betul2 tidak tahan untuk menahannya lagi.

Adam masuk ke dalam kelas yang kosong dan sunyi. Tiba2 Adam terdengar suara esakan seperti menangis. Adam mula berasa takut dan hairan. Adam berfikir yang bukan2 seperti ‘Woh! Dalam kelas aku ni ada hantu ke siang2 ni?’ Adam cuba memberanikan diri untuk mencari dari manakah arahnya suara itu. Di suatu sudut, Adam ternampak Qistina sedang menangis dengan muka yang pucat. Adam segera pergi ke arah Qistina dan bertanya “Qis! Kau okey ke? Kenapa kau menangis? Kenapa muka kau pucat? Aku dengar budak2 kata kau puasa? Betul ke? Kau tak tahan eh? Jom lah pergi makan kalau kau tak tahan.” Bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Adam. Kelihatan Adam amat risau akan Qistina. Qistina hanya memandang Adam dengan senyuman pahit. Qistina tarik lengan Adam agar duduk di sebelahnya. Adam hanya mengikut. 

Qistina hanya menjawab “Aku okey. Janganlah risau.” Dengan suara yang lemah. Adam membalas “Tapi kau..” Adam tidak sempat menghabiskan kata2nya, Qistina menangkah “Aku nak tumpang kepala aku kat bahu kau boleh?” Adam tidak sempat menjawab, kepala Qistina berada di bahunya. Adam hanya diam seribu bahasa. Qistina bertanya lagi“Kau nak dengar cerita aku tak?” masih dengan suara lemahnya. Adam mengeluh dan mengalah, kelihatan Adam masih risau akan Qistina. Adam menjawab “Hmm okey. Ceritalah. Aku bersedia mendengarnya.” Sambil tersenyum kepada Qistina yang tertutup matanya, tetapi mulutnya masih bercakap. Mungkin menahan air mata, fikir Adam.

Qistina mula bercerita “Ada seorang gadis dan seorang pemuda, diorang kawan rapat dari dulu sampai sekarang. Hampir 3 tahun mereka bersama. Oleh disebabkan mereka bersahabat,mereka saling berkongsi cerita. Dalam diam gadis ni suka pada pemuda tu. Gadis ni cuba untuk luahkan perasaanya terhadap pemuda itu, tapi cinta dia bagaikan terhalang apabila mendapat tahu bahawa pemuda itu couple dengan perempuan lain. Pemuda itu yang cerita segalanya kepada gadis tersebut. Gadis itu masih tersenyum dan beri dorongan kepada pemuda itu apabila mendengar kata2 pemuda itu, walaupun hati dia hanya Allah sahaja tahu bagaiman kecewanya dia ketika itu. 2/3 minggu selepas itu, gadis itu mendapat tahu dia mendapat penyakit yang boleh membawa maut. Berita itu amat memeranjatkan dirinya. Apapun gadis itu masih mengukirkan senyuman dan boleh ketawa pada keesokan harinya bagaikan berita buruk itu tidak pernah terjadi. Gadis itu amat tabah. Walaupun gadis itu akan pergi tak lama lagi, dia berharap sangat agar gadis itu pergi sebelum dia dapat luahkan perasaannya terhadap pemuda itu.”

Adam mula kehairanan, dia bertanya “Kenapa kau cerita semua ni kat aku? Ada kena mengena ke? Tapi best lah cerita kau.” Sambil menunjuk ibu jari. Adam bergurau untuk membuat Qistina ketawa. Tetapi sikit pun Qistina tidak geli hati. “Kau nak tahu tak siapa pemuda tu dan siapa gadis tu?” Qistina bertanya dengan suara lemahnya. Kedengaran seperti semakin lemah. Air matanya mengalir walaupun matanya tertutup. Adam memandang Qistina “Siapa?” Adam bertanya. “Pemuda tu adalah kau!” Qistina menjawab. “Dan gadis itu adalah aku!” Qistina menyambung. 

Amat mengejutkan Adam kerana pemuda dan gadis itu adalah mereka berdua. Adam berkata dengan lemah “Kenapa kau tak bagi tahu aku dari dulu lagi?” Qistina menjawab “Aku tak nak hubungan perahabatan kita terjejas. Aku tak nak kalau aku luahkan, kita akan berjauhan. Aku tak nak berjauhan dari kau. Aku sukakan kau,Adam.” Air mata Qistina mengalir deras. Qistina masih menahan kesakitannya. Adam mengeluh “Qistina, Aku pun suka kau sejak dulu lagi. Aku pun sama macam kau. Aku tipu kau yang aku ada couple dengan perempuan lain. Sebab aku nak tengok reaksi kau macam mana. Aku sukakan kau, Qistina.” Adam menahan malu. Qistina hanya tersenyum gembira. Walaupun dalam kesakitan, dia berasa amat bahagia. “Terima kasih, Adam.” Jawab Qistina. “Adam, aku nak tidur kat bahu kau kejap boleh? Mengantuk lah. Heheh Jangan bagi tahu cikgu tau.” Sambung Qistina sedikit gurauan dalam kelemahan suaranya. Adam hanya tersenyum. 

“Selamat Tinggal, Sayang.” Qistina berkata. Adam seperti terdengar suara Qistina berkata sesuatu, dia ingin bertanya, tetapi dia tidak mahu mengejutkan Qistina yang sedang lena tertidur. Beberapa minit kemudian, Adam menangis. Menangis sekuat hatinya. Waktu rehat telah pun tamat. Guru yang mengajar masuk ke kelas dan terdengar suara Adam seperti menangis. Dengan segera Guru tersebut berlari ke arah Adam. Amat mengejutkan,Qistina yang berada di sisi Adam sedang tidur di bahu Adam. Guru tersebut bertanya kepada Adam “Kamu kenapa Adam?” dengan suara cemas. Adam menjawab “Qistina dah tiada cikgu! Qistina dah tiada.” Berkata bersama tangisan dan suara lemahnya. “Apa maksud kamu ni Adam?” Guru tersebut tidak faham akan maksud Adam. Guru itu memeriksa Qistina. Mengangkat muka Qistina yang sedikit tertutup. Amat mengejutkan, muka Qistina kelihatan pucat dan badannya kesejukan.

Barulah Guru tersebut faham akan situasi yang terjadi. Qistina telah meninggal dunia. Rakan2 sekelas yang perasan akan apa yang berlaku, segera menerpa ke arah mereka. Rakan2 sekelasnya amat terkejut melihat Qistina yang tidak bernyawa lagi. Mereka kehairanan. Apabila mereka mendapat penjelasan daripada Guru, Pelajar2 perempuan semua memeluk Qistina yang tidak bernyawa. Amat memedihkan hati kerana sebelum ini Qistina adalah gadis yang periang dan tidak pernah menangis. Adam dipeluk oleh rakan2 lelakinya,mereka memujuk Adam agar kuatkan semangat. Kenangan yang manis terimbas kembali di ingatan Adam,saat mereka bersama. Di ingatannya hanya ada Qistina. 

Dia masih teringat kembali kenangan apabila Qistina sering bertanya padanya "Adam! Kau sayang aku tak?" dengan suara yang penuh kesungguhannya. Adam hanya senyum dan berkata "Tak!" Adam ketawa. Muka Qistina monyok tetapi masih lagi ada senyuman. Mereka ketawa bersama-sama.

Adam mengalirkan air matanya lagi. Dia amat merindui pertanyaan Qistina itu.
 'Aku menipu kau Qistina. Aku sayang pada kau sangat2. Dari dulu sehingga sekarang.'

                                                                                     FIN!

(The End! Sudah habis membaca? Best tak? Well this is not from Novel or any magazine. This is orginal from my own creation. Hehehe. Agak sedih sikit cerita ni kan :) This idea cames when I feel sad at night. Btw, thanks cause reading) 

#Peace! Love yaah! :D

No comments:

Post a Comment