Sunday, 24 February 2013

Tomorrow is...


Assalamualaikum.
Terima kasih kerana bukak blog saya and baca.
Hari ini saya nak cakap yang saya............................................lapar.
lol. Hanya merepek untuk seketika.

Hmmm secara lansungnya esok birthday aku.
Patutnya aku happy hari ni.
Tapi....................perasaan sedih tu menyelubungi diri aku. 
Sejak seminggu lepas lagi.
Ya Allah! Aku terlalu sedih sangat2.
Aku teringat dekat Capital W, Capital A, and Capital I.
*Tak nak sebut nama diorang,kalau sebut nanti hati rasa kecewa*

Aku rindukan mereka x'( 

Assalamualaikum Capital W,
macam mana awak kat sana? Mesti best kan? Dapat jumpa Allah. Dapat masuk syurga.
Saya tahu awak orang yang baik. Saya rindukan awak, W. Rindu sangat2.
Dari pertama kali kenal awak, sampai awak tinggalkan saya, saya tak pernah melupakan awak.
Saya sayangkan awak, W. 
Kenapa awak mesti tinggalkan saya terlalu awal?
Kenapa awak tak luahkan perasaan awak semasa kita masih berkawan?
Kenapa mesti 2/3 hari sebelum awak pergi??
Ya Allah! Aku amat merindui dia.
W, kalau awak masih ada, macam2 saya nak luahkan kat awak. 
Luahkan rasa sedih saya, kecewa and everything! Awak je tempat yang paling saya suka untuk mengadu.
Sekarang saya dah hilang tempat mengadu. Nak mengadu kat kawan2, mereka bukan faham apa saya rasa.
Saya nak mengadu kat awak sorang je x'( Selepas awak pergi, saya banyak pendam sensorang.
Awak.
Besok birthday saya yang ke-17. Saya harap sangat awak ada disisi saya,
Tapi............
Awak... saya nak sangat jenguk kubur awak. Tapi awak terlalu jauh.
Suatu hari nanti saya akan datang. Awak tunggu k.
Sayang awak...

Assalamualaikum Capital A,
Kau sihat? Mestilah sihat. Kau selalu ada kat sisi aku :')
Kau dah makan? Mestilah dah, sebab dinner time dah habis :p
Kau kat mana? Mestilah kat rumah, tak akanlah melepak kot.. 
Sebab aku tahu kau bukan orang macam tu :')
Hmmm aku rindukan kau,A. 
Walaupun kau selalu ada kat situ, tapi aku rindu sangat nak tengok wajah kau.
Dulu kau suka sakat aku, aku pulak rimas dengan kau.
Kau suka buat aku ketawa, sampaikan aku jatuh cinta kat kau. 
Cewahhh hahaha xD
Memang betul. Aku sukakan kau.
Aku suka cara kau layan aku.
Aku suka tengok senyuman kau.
Aku suka tengok badan kau yang tegap tu. Hahaha
Kau paling dekat dengan aku, tapi tak pernah sekali aku luahkan perasaan ni.
Biarlah aku simpan. Biarlah aku pendam sorang2. 
Tiada siapa tahu siapakah gerangan lelaki ini.
Tiada siapa tahu siapakah dia.
A, aku sukakan kau sejak dulu lagi.
Tapi disebabkan kita berkawan rapat, aku simpan perasaan ni.
Aku harap kau pun ada perasaan yang sama.
A, jangan tinggalkan aku k. 
Hanya kau lelaki yang tinggal dalam hati dan hidup aku.
Walaupun sekarang kita jarang bercakap, aku selalu usya kau. Hahah tak tahu malukan aku xD
Esok birthday aku.
Jangan lupa wish tau! Aku nak kau wish macam mana aku wish kat kau! Hehehehe

Assalmualaikum Capital I,
How are you? Hope you fine.
Well, dah lama tak text dengan you. Last pun hari tu, masa kita gaduh.
Hmmm I'm so sorry. I didn't mean to fight with you.
Tapi you yang cari pasal dengan I dulu!
You tak patut tanya I macam tu. 
You tak patut marah2 I tanpa selidik dulu.
Even I ni kasar, hati I ni lembut. I mudah terguris juga.
You tak pernah faham I kan? 
Dulu you buang I sebagai kawan, sebab nak protect gf you.
Now, bila dah berbaik, you sekali lagi buang I causes nak protect gf you.
Bukanlah sebab you tak patut protect dia, cuma dari apa yang you tuduh tu buat I sakit hati.
Memang betul I tweet pasal both of you. I tweet sebab I takpuas hati.
Kenapa you tak padam2 gambar tu? Kenapa gf you tak pernah nak suruh padam pic tu?
I hairan, so I tweet la. Then you nak marah2 tak tentu pasal.
I tersentap bila you cakap macam tu. 
Marah2 bagai.
I tak nak gaduh dengan you, tapi seeloknya cakap la baik2..
Dapat juga I pertimbangkan.
Hmmmmm
You tu ex I, I pernah ada rasa sayang dekat you, rasa cinta dekat you.
Tapi I betul2 kecewa dengan perangai you.
Disebabkan cinta, you tuduh kawan you bukan2.
I dah anggap you sebagai kawan, tak akan you tak boleh anggap I sebagai kawan?
Kita pernah berjanji kan? You lupa?
Dulu I memang sayang and rindu you sangat2.
Tapi tak bermakna bila I dah anggap you sebagai kawan, I masih cinta or sayang you macam dulu!
Hmmmm
I dah tak nak gaduh lagi dengan you. Hope you understand me.
Besok birthday I. It's up to you wanna wish or not.
Since you dah padam pic tu, I maafkan you. 
I maafkan kesalahan you.
I maafkan...


Ya Allah! Kau kuatkan hati umat-Mu ini. Kau tabahkan hati ini. Jangan sesekali merintih.
Jangan sesekali mencintai lelaki yang tak pernah menghargai diri ini.
Ya Allah! Aku bersyukur kerana dapat berpisah dengan Capital I.
Sekurang-kurangnya, aku dapat merubah diri kearah yang lebih baik.
Aku amat berterima kasih kepada dia yang telah membuat keputusan yang tepat untuk melepaskan aku.
Ya Allah! Aku berdoa untuk kebahagiaan mereka berdua. 
Kau berikanlah mereka kebahagiaan. Jika dipertemukan jodoh, biarlah atas dasar cinta kepada-Mu.
Ya Allah! Kau jauhilah mereka daripada tatapan ku. 
Biarpun air mata ku ini sudah tidak lagi mengalir, janganlah biar ia mengalir dihati.
Jika mereka bahagia, aku pun turut sama bahagia sebagai kawan mereka.
Ya Allah, kau ampunilah segala dosa Capital W.
Dia seorang yang amat baik dimataku. Dia tak pernah mengabaikan ku. 
Dia lelaki yang amat baik pernah aku temui.
Aku melepaskan dia. Aku sudah redha akan pemergiaannya.
Aku redha.
Ya Allah! Jika perasaan Capital A sama dengan ku, aku harap kami dipertemukan pada suatu hari nanti.
Aku harap perasaannya terhadap ku sama dengan perasaanku terhadapnya.
Ya Allah! Jika suatu hari nanti kami dijodohkan, janganlah kau pisahkan perasaan ini.
Jika suatu hari nanti kami bertemu dengan cinta dihati, kau permudahkanlah perjalanan cinta kami.
Ameen Ya Roballalamin~~




No comments:

Post a Comment